Wanita Kongsi Petua Siram Tanaman Dengan Darah Haid Buat Netizen Jijik - “Sejak Dahulu Lagi Dipercayai Bahawa…”
Asyikin Mayudin
23/07/2023 08:50 MYT
23/07/2023 08:50 MYT
Tular video di media sosial memperlihatkan seorang wanita berkongsi petua mengenai cara luar biasa untuk menyiram tanaman.
Wanita bernama Jessica Mckasson membuat pengakuan yang mengejutkan apabila mendakwa dia menggunakan darah haidnya untuk menyuburkan pokok-pokok yang ditanam.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Jessica yang berasal dari Costa Rica mendakwa darah haid baik untuk tumbuhan kerana ia mengandungi nitrogen dan kalium.
Sejak mendalami ilmu kedukunan (shamanism), wanita berusia 37 tahun itu mendakwa dia mempunyai hubungan yang lebih mendalam dengan tubuhnya.
"Tahukah anda darah haid mengandungi banyak nutrien dan mineral seperti nitrogen dan kalium yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok?
"Sejak dahulu lagi dipercayai bahawa darah haid mempunyai kekuatan dan membantu memperbaiki tanah," jelasnya dalam video tersebut.
Bagaimanapun petua yang dikongsikan Jessica mengundang kecaman netizen dengan rata-ratanya meluahkan rasa jijik.
Sumber -Dailymail