Laman Utama
Wanita Lakukan Seks Oral Kepada Perompak, Berjaya Lengahkan Masa Hingga Polis Sampai
Seorang perompak di Slovakia ditahan polis selepas seorang wanita berjaya melengah-lengahkannya dengan melakukan seks oral.
Perompak berusia 24 tahun itu cuba untuk merompak sebuah stesen minyak di pinggir banda Bratislava pada Selasa lalu sebelum wanita berusia 36 tahun itu tampil menawarkan khidmat seks.
Polis yang tiba di tempat kejadian mendapati pasangan berkenaan dalam keadaan separa bogel di lantai stesen minyak terbabit.
Sebelum kejadian, perompak itu menghampiri kaunter dan meminta kakitangan stesen minyak menyerahkan sejumlah wang. Malah, suspek turut menumbuk kakitangan berkenaan beberapa kali.
Ketika suspek ke bahagian belakang stesen minyak untuk mendapatkan wang dari peti keselamatan, seorang kakitangan bertindak menghubungi pihak berkuasa.
Polis bagaimanapun masih menyiasat kemunculan wanita misteri yang menawarkan khidmat seks itu.
Sumber: Daily Mail
Must-Watch Video