Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Wanita Meninggal Selepas Makan Roti Basi, Premis di R&R Perasing Disiasat

Gempak
23/12/2023 08:50 MYT
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengesahkan kematian seorang wanita akibat keracunan makanan disyaki selepas menikmati makanan basi di medan selera kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Kemaman baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, siasatan awal mendapati wanita berusia 54 tahun itu mengalami gejala keracunan makanan selepas memakan makanan yang dikatakan telah dibeli di R&R Perasing berkenaan.

“Mangsa telah mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah selepas memakan makanan yang dipercayai telah basi.

“Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kemaman yang telah menerima notifikasi kes keracunan makanan telah menjalankan siasatan terhadap premis terlibat,” katanya.

Terdahulu tular dakwaan seorang netizen yang mendakwa ibu saudaranya meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas memakan sandwich yang dibeli di R&R Perasing.

Wanita yang berasal dari Johor Bahru itu dipercayai meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada Selasa lalu.

Kasemani berkata, PKD Kemaman telah mengambil sampel makanan selain memeriksa peralatan dan pengendali makanan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, keputusan sampel terbabit sedang ditunggu bagi tindakan selanjutnya.

KOSMO! ONLINE

#Viral #Meninggal Dunia #Polis #Tular #Premis #Kemaman #Hentian Rehat #Perasing #RnR #Roti Basi
;