Laman Utama

Wanita Mulut Paling Besar Di Dunia, Mampu Menganga Seluas…

Hanafis Haris
04/08/2021
14:50 MYT

Mampu membuka mulut hingga mencapai ukuran 6.52cm, seorang wanita berasal dari Connecticut, Amerika Syarikat telah dianugerahkan gelaran Guinness World Record.

Samantha Ramsdell yang berusia 31 tahun kini merupakan wanita yang mempunyai bukaan mulut terbesar di dunia.

Menerusi laporan CNN, kewujudan Samantha mula disedari selepas dia memuat naik sebuah video di platform TikTok.

Video tersebut kemudian viral dan kini meraih sehingga 50 juta tontonan.

"Saya tidak sangka menjadi terkenal kerana mulut. Saya pernah dibuli kerana saiz mulut yang sangat luar biasa. Ini sangat menakjubkan," katanya.

Susulan kejayaan tersebut, Samantha meminta orang ramai yang mempunyai anggota badan besar dan unik untuk tampil ke hadapan.

Jelasnya, jika bernasib baik, mereka juga akan mendapat gelaran Guinness World Records.

Sumber : CNN

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Ada 100 Juta Pendengar Secara Strim, The Weeknd Dinobatkan Artis Paling Popular Dunia

gempak
22/03/2023
13:21 MYT
Power The Weeknd ni.
Laman Utama

Ingat Hamil 7, Rupanya Wanita Lahirkan Kembar 9 Catat Guinness World Records

gempak
22/12/2022
14:37 MYT
Seorang wanita yang menyangka dirinya hamil dengan tujuh anak kembar terkejut kerana bilangan anak yang dikandungnya lebih dari jangkaan.
Nusantara

Video Dynamite BTS Catat Rekor Dunia Guinness World Records

gempak
03/09/2020
08:10 MYT