gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Maia Estianty Tak Akan Datang Majlis Nikah Anaknya, Al Ghazali: “Ada Komitmen Lain…”
HIBURAN
Ayda Jebat Rasa Seram Bila Tidur Dengan Anak Sulung, Berborak Tapi Tengok Tempat Lain - “Nak Tanya Tapi Takut Bila Dengar Jawapan Dia”
HIBURAN
Nafi Ada Hubungan Istimewa, Angel Dolla Terkejut Nadhir Nasar Muat Naik Gambar Dirinya - “Saya Tak Sangka…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

Wanita Nyaris Lemas, Kereta Terjatuh Dari Feri Di Sungai Kelantan - "Ia Bergerak Selepas Tangan Isterinya Terkena Gear..."

gempak
Gempak
10/05/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
Wanita Nyaris Lemas, Kereta Terjatuh Dari Feri Di Sungai Kelantan - "Ia Bergerak Selepas Tangan Isterinya Terkena Gear..."
Seorang wanita berusia 50-an nyaris lemas selepas kereta yang dinaikinya terjatuh ke dalam Sungai Kelantan ketika menaiki feri dari Pasir Kelang ke Pasir Era, Kelantan pada Khamis.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu kereta jenis Proton Saga FLX terbabit dipercayai berada dalam gear N walaupun pemandu yang merupakan suami wanita tersebut telah menarik brek tangan.
Pekerja feri, Haikal Ridzuan, 25, berkata, semasa kejadian lelaki berusia 50-an itu turun dari keretanya untuk membayar tiket.
"Kebetulan feri baru hendak memulakan perjalanan dan hanya kereta mereka yang ada.
"Menurut lelaki terbabit kereta itu bergerak walaupun brek tangan telah ditarik. Ia dipercayai bergerak selepas tangan isteri kepada lelaki itu telah terkena gear sekali gus beralih kepada D dari N," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi pada Jumaat.
Menurut Haikal yang telah bekerja selama empat tahun di feri tersebut, semasa kejadian itu berlaku dia sedang berborak dengan adiknya yang kebetulan ada bersama.
Ujarnya, tiba-tiba dia terdengar bunyi bising meminta tolong dan melihat lelaki terbabit dibantu oleh beberapa orang penumpang lain sedang memegang serta menahan kereta daripada terus tenggelam.
Tambah dia, mereka gagal berbuat demikian namun berjaya membuka pintu kereta menarik wanita itu keluar walaupun kereta tersebut telah jatuh separuh ke dalam sungai.
"Saya terlintas mengambil tali feri dan mengikat salah satu bahagian pada kereta untuk mengelakkan ia hanyut serta tenggelam.
"Alhamdulillah berjaya dan kereta itu berjaya dibawa naik ke atas darat dengan bantuan pikap orang ramai.
"Kejadian tersebut menyebabkan operasi feri tergendala selama hampir dua jam," katanya.
Menurut Haikal, ini merupakan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku sepanjang lebih 20 tahun feri tersebut beroperasi.
Ujarnya, feri terbabit boleh memuatkan enam kereta bersama beberapa buah motosikal sehingga seberat 20 tan dalam satu masa untuk menyeberangi Sungai Kelantan dari Pasir Era ke Pasir Kelang.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Viral
#wanita
#Lemas
#Kereta
#Sungai Kelantan
#Feri
Must-Watch Video