BERITA

Wanita Obes Terhempap Suami Ketika Tidur, Mangsa Maut

Gempak 16/08/2025 | 20:55 MYT
Seorang lelaki berusia 59 tahun di Campanhã, kawasan pinggir bandar Porto, dilaporkan meninggal dunia selepas badannya dihempap secara tidak sengaja oleh isterinya yang memiliki berat lebih 100 kilogram.

Insiden tragis itu berlaku pada pagi Isnin, 11 Ogos lalu, di ruangan bilik tidur mereka, ketika wanita berkenaan cuba turun dari katil sebelum tergelincir. Tubuhnya kemudian menimpa suaminya yang sedang berbaring di lantai semasa sedang tidur.

Penduduk sekitar yang mendengar suara jeritan dari rumah itu langsung segera membantu dengan kemudian mengangkat tubuh wanita itu, namun mangsa didapati tidak sedarkan diri ketika pasukan perubatan tiba di lokasi.

Hasil pemeriksaan pihak berkuasa mendapati punca kematian adalah berpunca daripada insiden asfiksia, iaitu terhentinya bekalan oksigen ke tubuh akibat tekanan berat yang dikenakan ke atas dada dan saluran pernafasan.

Siasatan polis mengesahkan kejadian tersebut sebagai kemalangan tanpa sebarang unsur niat atau keganasan. Tekanan fizikal yang tinggi menyebabkan mangsa sukar bernafas sehingga mengalami serangan jantung sebelum meninggal dunia.

Pihak berkuasa menutup siasatan dengan mengklasifikasikan insiden itu sebagai tragedi yang tidak disengajakan.

Isteri mangsa dilaporkan mengalami trauma mendalam dan kini menerima rawatan serta kaunseling psikologi bagi mengatasi kesedihan akibat kehilangan suaminya yang tercinta.-Agensi

Sumber: Sinar Harian

#wanita #Suami #Maut #Obes #Hempap