BERITA

Wanita Sakit 7 Tahun Selepas Bekas Kekasih Kentut Depan Muka - “Paling Busuk Yang Saya Pernah Bau”

Gempak 31/05/2025 | 13:53 MYT

Seorang wanita di Australia terkejut apabila mendapat tahu bahawa penyakit sinus yang dialami selama tujuh tahun berpunca daripada kentut bekas teman lelakinya.

Hidap jangkitan lepas bau kentut kekasih

Menurut laporan media, Christine Connell nekad membuat pemeriksaan di hospital selepas mengalami masalah resdung kronik selama beberapa tahun.

Connell terkejut apabila diberitahu doktor bahawa sampel hingusnya mengandungi bakteria berbahaya, E.coli.

Dia menghidap jangkitan sinus selepas lelaki itu ‘membuang angin’ ke mukanya ketika mereka menginap di sebuah hotel.

“Saya mengalami resdung yang berterusan selepas kami menginap di hotel tersebut. Dia (bekas kekasih) kentut di hadapan muka saya. Ketika itu, saya sedang pulih daripada pembedahan.

“Semasa kejadian itu, saya tidak dapat bernafas,” kata Connell.

Tambah Connell, dia kini sedang menjalani rawatan untuk menyembuhkan penyakit resdungnya.

“Ia adalah kentut paling busuk yang saya pernah bau,” tambahnya.

Sumber: Kosmo Online!

#Sakit #Kekasih #Teman Lelaki #Kentut