Wanita Saman Kekasih Sebab Gagal Hantar Ke Lapangan Terbang
Maliah Surip
27/06/2024 18:01 MYT
27/06/2024 18:01 MYT
Seorang wanita menyaman kekasihnya selepas mendakwa lelaki tersebut gagal menunaikan janji menghantar dirinya ke lapangan terbang.
Menurut kronologi, dia mendakwa kekasihnya telah bersetuju dan berjanji untuk menghantar dia ke lapangan terbang. Lelaki tersebut juga sepatutnya menginap di kediaman dan menjaga anjing miliknya.
Bagaimanapun lelaki tersebut gagal melunaskan janji, lapor Odditycentral.com
Dia mendakwa gagal menghubungi kekasih serta lelaki tersebut tidak muncul untuk menghantarnya ke lapangan terbang sehingga membuat dia terlepas penerbangan.
Hal itu telah membuat dia kerugian kerana perlu mengambil kenderaan lain ke lapangan terbang serta membayar upah kepada penjaga untuk menjaga anjing miliknya.
Dia melakukan tuntutan kepada tribunal dengan dakwaan lelaki yang sudah menjadi bekas kekasih itu gagal menunaikan janji.
Tuntunan wanita tersebut bagaimanapun ditolak dengan alasan keduanya tidak mempunyai perjanjian yang boleh dijadikan rujukan.
BERITA TRENDING: Sekumpulan Wanita Ini Raih Perhatian Netizen Gara-Gara Berkelah Sakan Di Jewel Changi Airport
BERITA TRENDING: KLIA Terminal 1 ‘Sambut’ Kelahiran Bayi, Netizen Tinggalkan Komen Kreatif & Lucu: “Dalam Surat Beranak, Tempat Lahir: Airport”
Menerusi dokumen yang dikongsikan oleh pihak Tribunal New Zealand, wanita tersebut turut menuntut ganti rugi sebanyak RM87,000 terhadap lelaki yang telah menjadi kekasihnya selama enam tahun.Menurut kronologi, dia mendakwa kekasihnya telah bersetuju dan berjanji untuk menghantar dia ke lapangan terbang. Lelaki tersebut juga sepatutnya menginap di kediaman dan menjaga anjing miliknya.