Seorang pengguna di laman Twitter meluahkan rasa sedih apabila televisyen (TV) bernilai RM3,000 miliknya di rumah rosak hanya kerana permainan lato-lato milik anaknya yang bernilai RM5.

Akur dengan kejadian yang berlaku, wanita yang dikenali sebagai @Zeemalek pada ciapanya sempat berpesan kepada orang ramai agar memasang pelindung skrin TV agar tidak berdepan situasi sama.

“Disebabkan lato-lato RM5, rosak TV RM3k (RM3,000). Menenanis weh nak betulkan, nak selamatkan korang yang ada anak tengah melasak tu, pakai la la skrin protektor TV. Jimat duit nak membaiki,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan, perkongsian telah mendapat pelbagai reaksi wargamaya apabila ramai yang berkongsikan pengalaman mereka berdepan beberapa masalah serta insiden disebabkan permainan tersebut.

Malah, ada juga dalam kalangan wargamaya yang sepakat untuk mengharamkan permainan berkenaan di Malaysia.

“Hari itu pergi kedai makan, duduk sebelah parents yang ada anak dia tengah main lato-lato, boleh dia bising main lato-lato. Sekali wife sound, terus diam,” kata seorang netizen.

“Benda ini sejenis pencemaran bunyi pun ada. Hari tu pergi pesta bundle ramai betul budak main, bingit telinga,” kata seorang wargamaya.

Terdahulu, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kadir berpendapat bahawa adalah tidak wajar sekiranya negara meluluskan permainan merbahaya kepada pengguna khususnya golongan kanak-kanak.

Justeru, Mohideen meminta tindakan segera daripada pihak berkuasa perlu dilakukan bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.

BACA: “Jika Negara Lain Boleh Haramkan, Kenapa Kita Mesti Luluskan?” - Undang Risiko Keselamatan, CAP Saran Lato-Lato Tak Patut Dijual

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.