Wanita Tak Ada Common Sense Selamba Potong Queue! Da’i Wan Dimarahi Isteri – “Sabar Pun Kena Ada Tempat Juga'.
Mya Amri
09/08/2020 06:30 MYT
09/08/2020 06:30 MYT
Pendakwah bebas, Dai’ Wan berkongsi pengalaman menguji kesabaran bersama isterinya, Syahirah Zamhari sewaktu membeli makanan di sebuah restoran nasi lemak baru-baru ini.
Menurut Wan atau nama sebenarnya Wan Dazrin Wan Din, sesetengah rakyat Malaysia masih lagi tidak peka dengan amalan beratur yang menggunakan ‘common sense’.
“Selepas pulang dari rumah ibu mertua saya, kami pun berpusing mencari kedai makan sehinggalah bertemu dengan sebuah restoran nasi lemak.
“Dari jauh sudah kelihatan orangnya ramai. Mungkin sedap masakan restorannya. Maka kami pun sepakat untuk singgah.
“Bila dah sampai, check in guna phone semua, kami pun beratur. Sedang kami beratur, datang seorang perempuan di belakang saya.
“Syahirah, telah saya arahkan dia untuk tunggu sahaja di meja sambil biarkan saya berdiri untuk buat tempahan. Sudah lama beratur, hujan pula turun. Makin lama makin lebat. Jadi yang beratur tadi makin lama makin rapat.
“Saya pun jarakkan diri sebab nak jaga Social Distancing. Bila hujan turun dengan lebat tu, saya yang kebelakang sikit ni pun, lambaikan tangan sebab nak panggil Syahirah, nak bagitahu yang tak payah makan di sini, kita bungkus sahaja. Dia pun datanglah pada saya.
“Semua okay pada asalnya sehinggalah datang seorang kakak yang bertindak tak sepatutnya. Dia beratur di belakang saya, tetapi tiba-tiba dia pergi 'order' dulu.
“Sedangkan sah-sah dia patut tahu kedudukan dia, dan jelas berada diposisi belakang saya. Sudahlah, begitu. Laju sahaja dia order macam tiada rasa bersalah dan seolah-olah giliran dia. Banyak pula tu tempahannya,” tulisnya.
Wan juga memceritakan bagaimana isterinya hilang sabar sebelum bergegas keluar dari restoran tersebut.
“Di sinilah beza karakter saya dan Syahirah jelas terpampang. Syahirah cukup berang. Dia pun 'sound' saya.
“Eh? Ya, saya yang kena. Dia kata: “Daddy, it's your turn. You yang sampai dulu. You yang patut order dulu!”
“Apa lagi, akak tu pun berpusinglah tengok Syahirah. Tapi sayangnya, lepas 'sound' macam tu, Syahirah terus pergi dari situ dan yang kelakarnya, akak tu boleh sambung order macam biasa.
“Tak ada rasa bersalah pun. Dari sisi saya, saya pula jenis 'cool' sahaja. 'Takpelah'. Syahirah punyalah marah dekat saya.
“Dia kata “sabar pun kena ada tempatnya juga”. Orang buat macam tu, tak rasa bersalah, tak ada common sense, mana boleh bersabar. Kena tegur, biar sedar,” coretnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-ratanya bersetuju dengan Syahirah.
“Haah… Sama lah suami saya pun penyabar betul. Tunggu que nak parking kereta, orang lain tiba-tiba datang ambil parking tu, dia sabar je cari parking tempat lain. Terbalik pula bini dia dah berasap telinga. Kalau kena kat bini dah kena sound direct orang yang potong que ni,” komen @ ain_syazana
“Memang bersabarlah jumpa manusia tak ada common sense. Nak marah tapi dekat public... Dr. Syahirah is so me,” sokong @qxla.na