Wanita Tengking Polis Ditahan, Pakaian & Telefon Bimbit Turut Dirampas
Azwa Rahman
22/06/2021 00:05 MYT
22/06/2021 00:05 MYT
Seorang wanita yang didakwa mengugut anggota polis di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Kepayan, Kota Kinabalu direman selama dua hari bagi membantu siasatan lanjut.
Wanita berusia 34 tahun itu ditahan di rumahnya di salah sebuah kondominium di Jalan Lintas kira-kira jam 11.20 pagi pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten komisioner Mohd Zaidi Abdullah, ketika ditahan, polis turut merampas pakaian yang dipakai wanita itu dalam kejadian berkenaan bersama telefon bimbit, kad pendaftaran kereta dan kunci kenderaan.
Pakaian yang dirampas itu bagi mengenal pasti ia adalah pakaian yang dipakai oleh wanita itu dalam kejadian yang dirakam dalam video.
Jelasnya, polis turut mengambil tiga lagi telefon pintar milik anggota polis yang bertugas bagi membantu siasatan lanjut.
“Ketika insiden itu, polis mengeluarkan saman terhadap wanita terbabit atas kesalahan cukai jalan dan insurans kenderaan tamat tempoh.
"Bagaimanapun berlaku kekecohan sehingga wanita terbabit mengeluarkan kenyataan ugutan, seperti ‘kau siapa mau saman saya, nasib kau lelaki, kalau perempuan saya kasi telanjang kau dan rungkup kau’,” katanya yang dipetik daripada Asia Times.
Mohd Zaidi berkata, pihaknya turut mengambil keterangan daripada seorang pegawai dan tujuh anggota serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) untuk membantu siasatan lanjut.
Katanya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan hasil siasatan yang lengkap akan diserahkan ke Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.
“Siasatan kini sudah meliputi 80 peratus dan suspek juga memberikan kerjasama yang amat baik sejak ditahan,” ujarnya lagi.
Minggu lalu Gempak melaporkan rakaman yang memaparkan tindakan wanita terbabit berang dengan anggota polis sehingga ia tular di laman sosial.
BACA: “Kau Tanya Aku Siapa? Aku Wawa” - Wanita Maki Polis Di SJR Tular Di Media Sosial
Insiden tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada wargamaya termasuklah mereka yang mengecam pemakaian serta tindakannya memaki anggota polis.