gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Talk To My Manager Tampilkan Ina Naim, Siti Saerah, Ameng, Shuib, Liza Hanim & Ramai Lagi! Format Fresh Artis Uruskan Anak Sendiri
HIBURAN
Hael Husaini Bangga Dengan Alpha, Tak Menolak Untuk ‘Hadiahkan’ Lagu Ciptaannya - “Mereka Membuktikan Malaysia..."
HIBURAN
Iqwan Terkilan Didakwa Jenguk Anak Di Hospital Hanya Untuk Buat Konten - “Saya Tunggu Sahaja Permohonan Maaf Dari Dia”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Wanita Terjun Feri Dipercayai Dirasuk!

Gempak
Gempak
27/06/2025
06:20 MYT
Sponsor Banner
Wanita Terjun Feri Dipercayai Dirasuk!
Penumpang sebuah feri terkejut apabila seorang wanita terjun ke dalam laut di perairan Kalimantan Selatan, dipercayai dirasuk, lapor portal berita Banjarmasin Post semalam.
Kejadian berlaku ketika feri tersebut belayar di Selat Batulicin menuju Pelabuhan Tanjung Serdang Kotabaru.
Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan wanita terbabit terjun daripada feri, menyebabkan penumpang lain panik dan menjerit ketakutan.
Seorang kru kapal bergegas memakai jaket keselamatan dan terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan wanita itu.
Operasi menyelamat dilakukan dengan pantas sambil disaksikan penumpang lain.
Wanita itu kemudian dibawa naik ke atas feri lalu diberikan bantuan kecemasan.
Penyelaras Unit Siaga SAR Batulicin, Abdul Azis mengesahkan mangsa berjaya diselamatkan dan berada di Balai Polis Sungai Pinang.
Maklumat awal diterima pasukan penyelamat menyebut wanita itu disyaki dirasuk sebelum terjun ke tengah laut.
“Dia dipercayai dirasuk sebelum terjun ke dalam laut. Dia bagaimanapun diselamatkan oleh kru feri berkenaan,” kata Abdul Azis. – AGENSI
Topic Berkaitan
#Indonesia
#wanita
#Terjun
#Feri
#Rasuk
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement