Seorang wanita mengalami ‘mimpi ngeri’ apabila menu salad yang dipesan bukan hanya mengandungi beberapa jenis sayuran.

BERITA TRENDING: Cuma Makan Salad & Kek, Pelayan Dedah Bil Kim Kardashian Cecah Ribuan Ringgit

Sebaliknya salad yang dipesan daripada sebuah francais restoran salad terkemuka di Amerika Syarikat, A Chopt telah bercampur dengan potongan jari.

Lebih parah, wanita tersebut telah tergigit potongan jari yang terdapat di dalam salad pesanannya.

“Sewaktu dia sedang menikmati salad, dia telah tergigit sesuatu yang kenyal. Dia kemudian menyedari bahawa benda asing kenyal yang digigitnya adalah potongan jari yang telah bercampur dengan salad pesanannya,” lapor People.

Lantaran insiden tersebut, wanita yang dikenali sebagai Cozzi telah mengalami trauma, pening kepala, keresahan melampau, kemurungan dan sakit pada bahagian bahu lalu mengambil tindakan memfailkan saman terhadap restoran tersebut.

Namun menurut peguamnya, Cozzi tidak menyaman restoran tersebut kerana mahukan jumlah wang yang besar sebaliknya hanya ingin meningkatkan kesedaran tentang kebersihan dan cara penyediaan makanan yang tidak boleh dipandang lewa.

Sementara itu menerusi dokumen yang diserahkan kepada mahkamah, salah seorang pengurus restoran telah secara tidak sengaja terhiris jarinya sewaktu memotong salad roket.

Potongan jarinya kemudian termasuk ke dalam salad yang dipesan Cozzi sewaktu pengurus tersebut dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.