HIBURAN
Wanita Warga Emas Dapat Cium Jin BTS: “Bibir Saya Sentuh Lehernya…”
Wanita warga emas dikehendaki oleh polis Korea Selatan selepas mencium salah seorang anggota kumpulan BTS, Jin tanpa kebenaran.
Insiden tersebut berlaku sewaktu Jin membuat pertemuan bersama peminat selepas dirinya menamatkan khidmat tentera selama 18 bulan pada 13 Jun tahun lalu.
Mengikut garis panduan yang diberikan, lebih 1,000 peminat yang hadir hanya dibenarkan memeluk idola mereka itu.
Wanita Jepun berusia lingkungan 50 tahun itu bagaimanapun telah mencium Jin pada bahagian pipi sewaktu bintang K Pop itu mahu memeluknya.
Dia malah menyifatkan kulit Jin atau nama sebenarnya, Kim Seok Jin sangat lembut menerusi perkongsian yang dibuat dalam tulisan di sebuah blog, lapor Yonhap.
“Bibir saya menyentuh lehernya. Kulit dia sangat lembut,” tulisnya.
Lantaran ini kelab peminat Jin telah memfailkan laporan polis yang antaranya mendakwa wanita itu telah melakukan serangan seksual terhadap artis tersebut di khalayak umum.
Menerusi laporan yang dibuat kelab peminat, pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama polis Jepun memburu wanita itu yang enggan memberi kerjasama untuk disoal siasat.
Jin yang melahirkan mini album berjudul Happy selepas tamat khidmat ketenteraan pada Jun tahun lalu dilaporkan akan diminta memberi kenyataan bagi membantu kes tersebut.
Must-Watch Video