Wanita Warga Singapura Ditahan Pukul Kanak-Kanak Autisme, Rina Harun Mahu Tindakan Tegas Diambil!
Fiza Kamarudin
04/10/2021 22:12 MYT
04/10/2021 22:12 MYT
Seorang wanita warga Singapura yang juga pengurus di pusat intervesi kanak-kanak, telah ditahan polis pada Ahad kerana dipercayai memukul seorang kanak-kanak autisme.
Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.
Beliau berkata, wanita berusia 51 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan yang dibuat bapa mangsa pada Jumaat.
Sehubungan itu polis memanggil lima saksi kejadian dan keterangan sudah pun diambil daripada dua saksi dan memanggil tiga lagi saksi untuk dirakam keterangan berhubung kejadian itu.
"Sehingga kini, dua saksi sudah dirakam keterangan dan hari ini tiga saksi dipanggil untuk dirakam keterangan.
"Kes ini masih lagi dalam siasatan dan (kertas siasatan) akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut," katanya dalam sebuah kenyataan.
[[BACA: Bapa Terkilan Guru Anak Autisme Dikasari, Guru Bagi Alasan: "Dia Makan Dia Keluarkan Balik Itu Yang Saya Terpaksa Enforce Dengan Dia...]]
Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata tindakan tegas akan diambil termasuk menyita pusat jagaan berkenaan dibawah Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506).
Menurut beliau, pengendali premis itu juga boleh didakwa dan dikompaun seperti termaktub dalam Seksyen 21 dan 21A menerusi akta sama.

“Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak berkompromi dengan mana-mana pihak disyaki melakukan kesalahan sehingga menjejaskan kehidupan kanak-kanak,” katanya.
Rina berkata, sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak orang kelainan upaya (OKU), beliau terkilan dengan perbuatan pengendali pusat jagaan berkenaan.
“KPWKM memandang serius insiden kanak-kanak autisme dikasari dan disyaki didera pengasuh ini. Seharusnya pengendali dan pengasuh pusat jagaan berkenaan lebih peka serta sensitif dengan keperluan anak-anak berkeperluan khas.
“Saya mahu perkara ini disiasat segera dengan teliti dan hukuman tegas serta setimpal dikenakan kepada pesalah, supaya perkara sebegini tidak berulang lagi. Kita mahu beri peringatan kepada semua pusat jagaan dan pusat intervensi kanak-kanak,” katanya.
Terdahulu, bapa mangsa memuat naik gambar dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di laman sosial Instagram dan Facebook mendakwa anaknya dipukul di pusat intervensi terbabit.

Hantaran yang dibuat itu kemudian tular dan netizen meminta tindakan tegas diambil ke atas pemilik pusat intervensi berkenaan.
Sumber: Harian Metro/BERNAMA