,
Viral

Wanita Zip Kekasih Dalam Beg Sampai Mati, Dakwa Main Sorok-Sorok

Maliah Surip
27/10/2024
13:50 MYT
Seorang wanita dari Florida didakwa dengan kesalahan darjah kedua selepas ‘mengurung’ kekasihnya di dalam beg pakaian sehingga mati pada 2020.
Sarah Boone, 47, memberitahu pihak berkuasa kekasihnya telah terperangkap di dalam beg pakaian tersebut sewaktu mereka bermain sorok-sorok, demikian kenyataan yang diperoleh daripada mahkamah.
Insiden berlaku di dalam kediaman mereka selepas keduanya bersetuju untuk ‘bermain’ dan mengambil minuman keras.
Menurut kenyataan sama, Jorge Torres Jr telah masuk ke dalam sebuah beg pakain berwarna biru dengan dua jari terkeluar.
Oleh yang demikian, Boone mendakwa dia berasa kekasihnya boleh membuka zip dan menyelamatkan dirinya sendiri daripada beg pakaian tersebut.
Boone kemudian masuk tidur dan menyangka kekasihnya akan ikut bersama sebelum mendapati lelaki tersebut telah tidak bernafas di dalam beg, lapor CNN.
“Bukti menerusi video yang diperoleh daripada telefon bimbit boleh mendengar suara Torres meminta tolong dilepaskan sementara Boone mengabaikan permintaan tersebut dan ketawa.
“Torres didengar meminta tolong dan mahu dikeluarkan daripada beg pakaian tersebut kerana tidak boleh bernafas.
“Tapi Boone memberi respons ‘Itu yang anda akan dapat kerana menipu aku’,” dedah mahkamah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ariel Noah Bosan Menyanyi, 10 Bulan Habiskan Masa Di Rumah

gempak
27/10/2024
03:55 MYT
Kumpulan Noah saat ini diketahui sedang berehat daripada aktiviti persembahan termasuk berskala kecil dan besar.
Hiburan

Ibu Aliff Aziz Respons Dakwaan Anak Bakal Berkahwin Dengan Ruhainies - "Subhanallah"

gempak
27/10/2024
00:55 MYT
Ibu kepada pelakon kacak kelahiran Singapura Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil terkejut dengan penularan berita mendakwa anak lelakinya itu bakal mengahwini pelakon genit Ruhainies.
Hiburan

Alif Hadi Dedah Pernah Berkahwin, Suka Wanita Lebih Berusia - “Saya Seorang Duda..Yang Mungkin Terlajak Laris…”

gempak
26/10/2024
06:55 MYT
Pelakon, Alif Hadi tampil membuat pendedahan mengenai status perkahwinannya.
Hiburan

Pelakon Kim Soo-mi Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung!

gempak
25/10/2024
11:58 MYT
Pelakon veteran, Kim Soo-mi dilaporkan meninggal dunia pada usia 75 tahun akibat serangan jantung, awal pagi tadi.
Hollywood

Shawn Mendes Jawab Spekulasi Orientasi Se*ks Melalui Lagu

gempak
25/10/2024
11:55 MYT
Penyanyi Shawn Mendes dipercayai menjawab spekulasi orientasi seks melalui lagu terbaharunya, The Mountain.
Dun Dukun