Perlukan bantuan Don Arif? Jom jumpa pada 31 Oktober ini di pawagam! ?

Wanita Zip Kekasih Dalam Beg Sampai Mati, Dakwa Main Sorok-Sorok

Maliah Surip
27/10/2024 13:50 MYT
Seorang wanita dari Florida didakwa dengan kesalahan darjah kedua selepas ‘mengurung’ kekasihnya di dalam beg pakaian sehingga mati pada 2020.

Sarah Boone, 47, memberitahu pihak berkuasa kekasihnya telah terperangkap di dalam beg pakaian tersebut sewaktu mereka bermain sorok-sorok, demikian kenyataan yang diperoleh daripada mahkamah.

Insiden berlaku di dalam kediaman mereka selepas keduanya bersetuju untuk ‘bermain’ dan mengambil minuman keras.

Menurut kenyataan sama, Jorge Torres Jr telah masuk ke dalam sebuah beg pakain berwarna biru dengan dua jari terkeluar.

Oleh yang demikian, Boone mendakwa dia berasa kekasihnya boleh membuka zip dan menyelamatkan dirinya sendiri daripada beg pakaian tersebut.

Boone kemudian masuk tidur dan menyangka kekasihnya akan ikut bersama sebelum mendapati lelaki tersebut telah tidak bernafas di dalam beg, lapor CNN.

“Bukti menerusi video yang diperoleh daripada telefon bimbit boleh mendengar suara Torres meminta tolong dilepaskan sementara Boone mengabaikan permintaan tersebut dan ketawa.

“Torres didengar meminta tolong dan mahu dikeluarkan daripada beg pakaian tersebut kerana tidak boleh bernafas.

“Tapi Boone memberi respons ‘Itu yang anda akan dapat kerana menipu aku’,” dedah mahkamah.
#Viral #Meninggal Dunia #wanita #Kekasih #Mati #Zip
;