Penyanyi dan pelakon Wanns Ahmad tampil memohon maaf selepas berkongsi video berunsur lucah di akaun Instagram miliknya semalam.

Wanns, 31, berbuat demikian menerusi entri di platform media sosial tersebut hari ini.

"Saya Wanns Ahmad ingin memohon maaf di atas video review berunsur lucah di IG saya semalam.

"Ianya adalah satu kesilapan dek kerana 'miss communication' antara saya dan PA (Syed) dan saya berjanji ianya tidak akan berulang lagi, terima kasih," coretnya.

A post shared by Wanns Ahmad (@wannsahmad_official)


Meninjau ruangan komen, beberapa netizen akui terkejut melihat perkongsian video yang dimaksudkan itu.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Terus Mencintaimu itu bertindak memadam video tersebut dari Instagram agar tidak menjadi tular.

Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah undi artis kegemaran korang di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.