Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Wany Hasrita Boleh Pandu Lori Buat Netizen Kagum - “Perempuan Yang Bawa Manual Sangat Rare”

Azwa Rahman
07/04/2021 01:53 MYT
Penyanyi Wany Hasrita mencuri perhatian wargamaya apabila memuat naik sebuah video cuba memandu sebuah lori.

Menerusi laman sosial Twitter, Wany berkongsi video tersebut untuk tatapan umum.

“Hai, sedangkan lori pun saya boleh handle, inikan lagi masa depan kita. Undilah saya,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi lima saat itu, Wany melambai-lambai tangannya ke arah luar sebelum memandu lori tersebut dengan cermat.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Di ruangan balas, rata-rata wargamaya kagum melihat kebolehan Wany memandu sebuah lori.

Malah, ramai yang berpendapat wajah Wany saling tak tumpah seperti ADUN Ketari, Young Syefura Othman.

Perempuan yang bawa manual ni sangat rare ye.. lori pulak,” komen seorang wargamaya.

Kalau mcm ni punya gaya, confirm sepenggal lagi sebagai adun ketari!” usik seorang wargamaya.

Wahh pandai bawak lori.. Terbaiklah.. @wanyhasrita_ rasa tercabar sangat bila tengok orang perempuan pandai bawak lori,” puji seorang wargamaya.

Ingatkan YB Rara tadi rupanya YBae Wany,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 10,000 tontonan oleh warga Twitter.
#Wany Hasrita #Lori manual #YB Ketari