Wany Hasrita Buat Kejutan Hari Lahir Fairuz Selamat

Kamaruddin Razal
Mei 28, 2018 08:21 MYT
Penyanyi Wany Hasrita membuat kejutan hari lahir untuk bekas vokalis kumpulan Q-Face, Fairuz Selamat.
Wany bersama rakan-rakan lain membuat kejutan ulang tahun ke-33 Fairuz tiga hari lalu.
Menerusi laman sosial Instagram Fairuz, lelaki itu memuat naik foto sekitar kejutan hari lahirnya.
Sebelum ini, Wany pernah didakwa mempunyai hubungan dengan Fairuz.
BACA: “Kalau Pergi Show Juga, Saya Culik Dia” – Fairuz Selamat Mahu Wany Hasrita Berehat
Menafikan perkara tersebut, Wany menegaskan dia dan Fairuz hanya sekadar berkawan.
Selain Fairuz, Wany juga pernah dikaitkan dengan Khai Bahar dan Tajul.
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Fairuz
#Penyanyi #Penyanyi #Wany Hasrita #Fairuz Selamat