Wany Hasrita Dedah Guna 100 Meter Kain Untuk Gaun Sweet Muslimah Barbie Doll
Syafiqah Jalal
16/11/2020 02:23 MYT
16/11/2020 02:23 MYT
Penyanyi Wany Hasrita mendedahkan pereka fesyen Wan And Mary yang mereka gaunnya pada malam Angerah Bintang Paling Popular ke-33 (ABPBH33) pada Jumaat lalu menggunakan kain sepanjang 100 meter.
Menurut Wany kain itu digunakan hanya untuk skirt berwarna unggu yang digayakan pada malam dia memenangi anugerah Penyanyi Wanita Paling Popular ABPBH33.
“Fakta menarik: Wan And Mary menggunakan kira-kira 100 meter kain untuk menyiapkan skirt ini,” tulisnya.
Wany yang popular dengan lagu Canggung itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama kumpulan yang menyiapkan bajunya serta yang mentatarias dia pada malam tersebut.
Sementara itu, di IG pereka itu pula memberitahu tema untuk baju Wany pada malam itu adalah Sweet Muslimah Barbie Doll.
“Penyanyi Wanita Paling Popular ABPBH33 @wanyhasrita di dalam persalinan customade pastel pink and purple by @wan_and_mary bertemakan Sweet Muslimah Barbie Doll,” tulisnya.
Pun begitu, busana tersebut mendapat pujian daripada pengikut Wany yang merasakan ia sangat manis dan sopan.
“Skirt patuh SOP. Pakai skirt nii confirm boleh jaga jarak,” kata pengikutnya berseloroh.
“Macam cotton candy!” komen salah seorang warga maya.
“Cantik betul baju,” puji seorang netizen.
Wany mula dikenali dengan lagu Menahan Rindu pada tahun 2016.