Selepas lima minggu bersiaran, esok barisan peserta program realiti Suara Viral bakal membuat persembahan di konsert suku akhir.

Pada malam itu nanti, enam peserta yang masih meneruskan perjuangan, Ameem, Farah, Jerry, Bella, Soffwany dan Boy akan berentap bagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Istimewanya, pada peringkat suku akhir esok, kesemua peserta akan melakukan tugasan berduet bersama artis.

Apa yang pasti, kesemua penyanyi yang bakal berduet bersama para peserta bukan calang-calang.

Artis yang berpadu suara bersama mereka ialah Wany Hasrita, Aina Abdul, Haqiem Rusli, Khai Bahar, Naqiu dan Fieya Julia.

Konsert minggu ke 6 @khaibahar94 datang bantu jerry guys. Satu penghormatan buat saya. . . . Ce teka kitorang duet lagu apa? Dan kepada peminat @khaibahar94 , kalau korang excited nak tgk khai perform, jerry lagi excited nak perform dengan khai. ??? . @astrogempak @officialriax . . #konsert6 #duet #khaibahar #khaibahar94 #teamjerry #suaraviral #suaraviral2020 #viralkansuaraanda #astrogempak

A post shared by Jerry ZakariA (@jerry.zakaria_official) on


Selain perlu melakukan persembahan secara duet, mereka juga akan dibahagikan kepada dua kumpulan (lelaki dan wanita) bagi cabaran nyanyian Nivea Black & White.

Wah! semestinya ia merupakan minggu yang cukup mencabar buat mereka apabila perlu tampil dua kali di atas pentas membuat persembahan.

Wow. Bukan senang nak dapat pujian orang hebat macam Dato' Acis ni. Dapat tu kira dah terer la @bella.mohd_ . Tonton video persembahan peserta #SuaraViral dan undi untuk Suara Viral Paling Gempak sekarang di www.gempak.com/suaraviral⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ #SuaraViral⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ #SuaraViral2020⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ #BarulahOn

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on


Jadi, jangan lupa saksikan persembahan mereka di konsert suku akhir Suara Viral esok.

Dalam pada itu, jangan lupa untuk mengundi peserta Suara Viral Paling Gempak pilihan anda di sini.

Undian dibuka pada pukul 11 malam sejurus selesai konsert mingguan yang diadakan pada setiap Rabu selama lima hari.

Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun, setiap Rabu pada pukul 9 malam.



Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang.

Bagi pilihan yang lebih fleksibel, penonton juga boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Suara Viral, layari www.gempak.com/suaraviral.