Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Warga Asing Basuh Kuali Guna Air Longkang, Netizen Berang - “Mana Pergi Pihak Berkuasa Majlis?”

Ernalisa
08/10/2024 09:55 MYT
Meloyakan!

Kelibat seorang lelaki membasuh kuali masakan menggunakan air longkang mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengguna TikTok yang menonton video berkenaan.

BERITA BERKAITAN : Zynakal Enggan Ambil Pusing Muka Sering Jadi ‘Bahan’ Kutukan - “Saya Sedar Saya Bukan Zayn Malik”

BERITA BERKAITAN : Bangga Dengan Pencapaian Teman Wanita, Keith Foo Hadiahkan Riena Diana iPhone 16 Pro Max
​BERITA BERKAITAN : Bernadya Tak Sengaja Buka ‘Aib’… | GMW Highlights


​BERITA BERKAITAN : Zynakal Enggan Ambil Pusing Muka Sering Jadi ‘Bahan’ Kutukan - “Saya Sedar Saya Bukan Zayn Malik”

Lelaki yang dipercayai warga asing itu dilihat terkejut apabila tindakannya membasuh kuali dengan air longkang dirakam oleh seorang wanita.

Menurut penjelasan wanita dalam video tersebut, kedai menjual roti canai yang terlibat juga berada dalam keadaan kotor.

Sementara itu, kebanyakan netizen yang jelas tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut menyelar pihak berkuasa kerana tidak mengambil sebarang tindakan.

Dalam nada sinis, Hamid Hamid berkata pihak berkuasa seolah-olah menutup mata terhadap kesalahan warga asing yang berniaga.

“Kalau orang tempatan berniaga, habis diharung barang-barangnya.


“Cuba kalau warga asing, basuh kuali dalam longkang pun pihak majlis boleh buat-buat tak nampak,” katanya.

Bagi Nursiah Junit, dia berharap agar pihak majlis mengambil tindakan terhadap peniaga warga asing yang terlibat.

“Mereka bukan sahaja tidak mengutamakan kebersihan, malah tidak layak untuk membuka gerai tersebut.”


“Hapuskanlah peniaga asing itu… bagaimana mereka boleh berniaga di situ?

“Mana pergi undang-undang Malaysia? Pekak dan buta ke? Pelik,” katanya ringkas.


Kejadian yang berlaku di negara ini bagaimanapun tidak dinyatakan lokasinya secara terperinci.

#Air #Guna #Kuali #Asing #Longkang #Warga #Basuh
;