Warga Asing Jadikan Taman Permainan Tempat Tidur Buat Netizen Risau Keselamatan Kanak-Kanak

Gempak
Januari 4, 2024 03:55 MYT

Isu berkaitan warga asing bukanlah satu perkara yang ‘asing’ lagi dalam negara ini.

Menerusi satu entri terbaharu di aplikasi X, seorang pengguna berkongsi mengenai satu individu yang dikatakan bukan warganegara Malaysia, menjadikan sebuah taman permainan sebagai tempat tidur.
Turut dapat dilihat, kebersihan di kawasan itu tidak terjaga dan warga asing tersebut menjadikan taman berkenaan seolah-olah kediamannya.

BERITA TRENDING: Pantai Lahad Datu Penuh Sampah, Netizen Salahkan Warga Asing – “Benda Ni Jadi Sebab Pendatang”

Susulan daripada itu, pengguna media sosial menunjukkan kerisauan serta meminta pihak berkaitan untuk mengambil tindakan terhadap isu yang dilontarkan.

Antara aduan yang diterima:

“Warga asing buat taman permainan tempat tidur. Bahaya kalau ada budak main dekat taman permainan ni macam-macam boleh terjadi,”

"Pihak berkuasa mana?,"
"Mohon pihak berkuasa ambil tindakan pasal warga asing di negara kita."

Warga asing buat taman permainan tempat tidur. BAHAYA kalau ada budak main dekat taman permainan ni macam macam boleh terjadi . Lokasi Bandar mahkota Cheras. @DrZalihaMustafa pic.twitter.com/OKVPX9OgWN

— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) January 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perkara itu meraih perhatian ahli parlimen Bangi, Yang Berbahagia, Syaredzan Johan yang memaklumkan bahawa maklumat kes telah diterima dan tindakan lanjut akan diambil oleh pihak berkuasa.
Sekadar info, kes itu dikatakan berlaku di kawasan Bandar Mahkota, Cheras, Selangor namun info tentang tindakan lanjut yang diambil oleh pihak berkuasa masih lagi belum dimaklumkan.
Sumber: Platform X

#Viral #Kanak-Kanak #Taman #Keselamatan #Warga Asing