Viral

Warga Asing Mengaku Bersalah Rogol, Samun Wanita, Netizen; “Kemungkinan Apa Yang Rosyam Nor Katakan Itu Ada Betul”

gempak
Gempak
23/01/2024
14:00 MYT
Sponsor Banner
Warga Asing Mengaku Bersalah Rogol, Samun Wanita, Netizen; “Kemungkinan Apa Yang Rosyam Nor Katakan Itu Ada Betul”
Seorang warga Pakistan mengaku bersalah atas pertuduhan kes samun dan rogol membabitkan seorang mangsa perempuan di jejantas KTM Serdang.
Susulan itu, menerusi hantaran di aplikasi TikTok, segelintir netizen tampil bersetuju di ruangan komen dengan kenyataan panas yang pernah dibuat oleh pelakon, Datuk Rosyam Nor sebelum ini tentang pentingnya kewujudan rumah pelacuran di sebuah podcast.
Antara komen yang diterima:
Terdahulu Datuk Rosyam Nor teruk dihentam netizen apabila mengutarakan tentang cadangan kewujudan pusat pelacuran di Malaysia agar ada tempat pelempiasan nafsu bagi golongan warga asing ini.

Berita Trending: Isu Bualan Pusat Pelacuran, Rosyam Nor Mohon Maaf - “Tak Sangka Akan Tular, Mohon Dengar Video Penuh”

Dalam pada itu, netizen turut menggesa pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan tegas bagi membendung kelambakan warga asing di Malaysia demi menjaga keamanan negara.
“Kerajaan kena buat operasi selalu, sebab warga asing dah ramai sangat dan mengancam rakyat tempatan sendiri.
“Tolong laa buat sesuatu kepada warga asing ini. Rakyat Malaysia jadi mangsa.
“Bagi masuk lagi rakyat luar mcm ni lah aku baran. Lepas ni siapa lagi akan jadi mangsa?
“Malaysia dah tak selamat sebab warga asing ni Menteri tak nampak lagi ke benda ni?,” soal beberapa netizen di media sosial.
Setakat artikel ini ditulis, tiada lagi sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab bagi menangani isu ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live