Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Warga Asing Vaksin Awal? Siap Dapat Pfizer? Dr Say Perjelas Punca & Mengapa Ia Boleh Berlaku!

Hanafis Haris
28/07/2021 00:06 MYT

Pengacara Tanya Doktor, Dr Say Shazril tampil menjelaskan beberapa persoalan orang ramai mengenai pemberian vaksin terhadap warga asing.

Malah, Dr Say atau nama sebenarnya Shazril Shaharuddin turut menerangkan sebab sebenar warga asing ini diberi vaksin jenis Pfizer.

“Semalam masa saya post story bertugas di Pusat Pemberian Vaksin(PPV) MMU Cyberjaya yang dibanjiri pekerja asing Bangladesh & Myanmar berdesup inbox saya dihujani perasaan tak puas hati ‘saya dah daftar sejak Febuari doc, kenapa diorang dapat dulu?.

“Rakyat Malaysia berebut-rebut nak Pfizer, last-last dapat kat Bangladesh, wow.

“Terus-terang cerita saya pun agak terkejut semalam. Masa saya bertugas di PWTC awal Jun dulu tak ada seorang pun pekerja asing walhal KL adalah lubuk mereka.

“Bila saya habis bertugas semalam saya baca dan baca saya jumpa kenapa warga asing ini didahulukan berbanding segelintir rakyat Malaysia,” katanya.

Jelasnya, mengenai jenis vaksin Pfizer, jawapannya adalah jenama sebenarnya tidak penting.

“Saya ingin tegaskan sekali lagi, tidak kisah apa jenama vaksin anda dapat, janji kamu telah divaksin.

“Tolonglah ubah mindset ‘untunglah ko dapat Pfizer, aku dapat Sinovac je’.

“Semalam @myhealthKKM ada klasifikasikan kes harian mengikut sejarah vaksinasi atau tidak & ternyata tahap keterukan mereka yang menerima vaksin teramat rendah berbanding mereka yang tiada sejarah vaksinasi.

“So tolonglah hentikan judge jenama vaksin boleh?,” katanya.

Menurutnya lagi, soal warga asing pula, poster Program Vaksin Selangor menunjukkan pihak mereka memberi keutamaan kepada 9 golongan dan satu daripadanya adalah penjaja dan peniaga pasar.

“Jadi it make absolute sense kenapa diorang ni dapat vaksin dahulu. Bagi saya kat Selangor ni, warga asing lah yg banyak handle barang keperluan harian kita.

“Walaupun semalam habis tenaga nak consult depa akibat language barrier, bila balik tu saya beli groceries yakin sikit apabila saya pegang sayur dan buah,” katanya.

Tambahnya, kepada yang masih tak dapat lagi tarikh vaksin hingga ke hari ini tidak perlu bimbang kerana tinggal lima hari sebelum 1 Ogos.

“Kalau 1 Ogos tak dapat tarikh lagi, haa walk in je mana-mana PPV berdekatan anda.

“Nak saya suntik vaksin kat ampa mai PPV MMU Cyberjaya, saya suntik ampa rakam amacam?,” katanya.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)


#Viral #Vaksin #PKP Dilanjutkan #DrSay #pfizer #WargaAsing
;