Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Warga Emas Ditangkap Curi Dua Ekor Kerbau Pada Tahun 1965

Maliah Surip
15/09/2023 05:34 MYT
Seorang warga emas berusia 78 tahun ditangkap oleh pihak polis selepas dikesan sebagai individu yang telah mencuri dua ekor kerbau pada tahun 1965!

Lelaki tersebut, Ganapati Vitthal Wagore berusia 20 tahun sewaktu melakukan jenayah mencuri binatang itu di perkampungan Karnataka, India.

Dia dan rakan subahatnya, Krishna Chander pernah ditahan 58 tahun lalu selepas melakukan jenayah tersebut namun keduanya telah dijamin.

Kes mereka bagaimanapun tergantung selepas kedua-duanya melarikan diri sekaligus tidak muncul untuk pertuduhan di mahkamah, lapor BBC.

Pihak berkuasa bagaimanapun membuka semula kes yang telah tertangguh selama 58 tahun beberapa minggu.

Wagore ditahan di sebuah kampung selepas seorang wanita berjaya mengesan identitinya walaupun sudah tua. Chander pula ‘terlepas’ daripada hukuman kerana telah meninggal dunia.

Dia mengatakan telah melarikan diri selepas dibebaskan lima dekad lalu kerana terlalu takut untuk pergi ke mahkamah.

#Viral #India #Curi #Polis #Tangkap #Kerbau #1965