BERITA

Warga Emas Mahu Wasiat Harta Kepada Kucing

Gempak 04/07/2025 | 04:55 MYT
Seorang warga emas di China sanggup mewasiatkan seluruh hartanya kepada sesiapa yang sanggup menjaga kucing peliharaannya selepas dia meninggal dunia.

Lelaki berusia 82 tahun itu dikenali sebagai Long, kini hidup bersendirian bersama seekor kucing bernama Xianba selepas isterinya meninggal dunia lebih sedekad lalu.

Menurut laporan media tempatan, Long menyelamatkan Xianba dan tiga anak kucing lain ketika hujan lebat, namun kini hanya Xianba yang masih hidup.

“Saya tidak ada waris. Saya cuma mahu pastikan ada orang jaga Xianba selepas saya mati,” katanya.

Long memaklumkan beliau telah berunding dengan peguam untuk mewasiatkan hartanya yang melibatkan rumah, tanah dan simpanan tunai dengan syarat penerima perlu menjaga Xianba seumur hidup.

Undang-undang di China tidak membenarkan haiwan menerima harta, namun individu boleh dilantik sebagai pemegang amanah untuk menjaga haiwan dengan syarat tertentu.

Tindakan Long mencetuskan pelbagai reaksi warganet.

Segelintir mereka ada yang memuji kasih sayangnya terhadap haiwan, namun ada juga yang mempersoalkan keputusannya tidak mewariskan harta kepada manusia.

Sumber: Sinar Harian


#Kucing #Emas #Wasiat #Harta #Warga