Pelawak Ali Puteh dikecam netizen selepas menegur di ruangan komen rakan seperjuangannya, Man Raja Lawak mengenai wang kemenangan program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) yang berjumlah RM50,000.

Menerusi laman twitter seorang warganet, @IniAlann, dia meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan Ali.

"Ali Puteh dan bangang berpisah tiada. Hati tu serang berebut harta dengan kakak ipar sendiri masa kubur arwah Abam belum lagi kering.

"Kali ni tak tentu hala duk cari pasal dengan Man Raja Lawak pulak," tulisnya di sebuah entri.




Di ruangan Facebook (FB) Man, Ali berpendapat amalan baik seeloknya dirahsiakan serta tidak dihebahkan kepada umum.

"Der..Kalau kita nak buat baik taknak ada sangkal dari orang lain, buat kerja dalam diam. Jangan dihebah-hebahkan takut nanti jadi bualan orang.

"Biar kita buat diam-diam hanya Allah yang tay apa kita buat. Jangan diminta pujian menggunung. Biar kita buat dapat keredhaan Allah. Semoga dipermudahkan," tulis Ali.

Walau bagaimanapun, komen tersebut telah dipadam selepas diserang oleh warga netizen.



Terdahulu, Man menerusi status di Instagram mengumumkan menyumbang sebahagian wang kemenangan program Maharaja Lawak 2019 (MLM 2019) sebanyak RM50,000 kepada individu kurang berkemampuan.

BACA: Hulurkan Bantuan, Man Raja Lawak Sumbang RM50,000 Hadiah Kemenangan MLM 2019