Laman Utama
Warganet Bela Tindakan Warga Emas Tembak Anjing Liar - "Dah Anjing Tu Makan Ayam-Ayam Dia!"
Sejak malam tadi, tular sepotong video seorang lelaki warga emas menembak anjing liar di hadapan rumahnya menggunakan selaras senapang.
Bagaimanapun video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada warganet termasuk yang mempersoalkan cara untuk menyelesaikan masalah berdepan dengan anjing liar yang ganas.
Rata-rata warganet yang membela tindakan tersebut mendakwa, anjing liar yang ditembak telah menyerang ternakan warga emas terbabit.
Sementara yang kurang bersetuju dengan tindakan itu menganggap ia perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Mereka berpendapat, warga emas itu sepatutnya melaporkan kejadian anjing liar yang menyerang ternakannya pada saluran betul.
Sehubungan itu, warganet turut mengemukakan persoalan bagaimana untuk mengatasi masalah anjing liar yang bertindak ganas serta berpotensi mencederakan.
Terdahulu Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) memohon bantuan orang ramai untuk tampil memberikan maklumat sahih kejadian.
SAFM juga memohon orang ramai yang mengenali pelaku untuk menghubungi mereka supaya tindakan boleh dikenakan sekiranya dia didapati bersalah.
Nasib haiwan tersebut bagaimana pun tidak diketahui sehingga kini kerana menerusi video tersebut hanya raungan anjing yang kedengaran.
Must-Watch Video