Warganet Minta Buat Kajian Kenapa Nurse Kerajaan Dilabel 'Mulut Puaka'? Bekas Jururawat; "Puncanya Adalah ..."
Gempak
31/01/2024 00:00 MYT
31/01/2024 00:00 MYT
Seorang pengguna X, meminta agar sebuah kajian dilakukan bagi mencari punca sebenar mengapa jururawat di hospital kerajaan sering dilabelkan sebagai sejenis manusia yang ‘bermulut puaka’.
“Kita kena buat kajian punca nurse hospital kerajaan bermulut puaka.
“Tak semua tapi ramai. Kita kena kaji dari akar umbi apakah punca dia. Adakah bebanan kerja, gaji yang tidak sepadan, uniform yang panas tiada ventilation, diet tidak seimbang ataupun trauma perform lagu Cintaku Sampai ke Ethiopia?,” soalnya menerusi perkongsian di platform X.
Susulan itu, seorang wanita yang juga merupakan bekas jururawat tampil memberi respons terhadap kenyataan yang dikongsi oleh individu tersebut.
Menerusi perkongsiannya di platfrom X, wanita tersebut mendedahkan ada beberapa punca yang menyebabkan perkara ini berlaku.
“Ni aku sebagai ex nurse gov bagitahu. Punca dia, sistem dinosaur yang suka menekan misi-misi sampai misi-misi tak boleh bersuara.
“Sistem membuli dalam kalangan misi sendiri. Mentaliti sesetengah misi. Gaji tak setimpal dengan beban kerja. Perangai sesetengah pesakit yang sangat menguji kesabaran.
“Kekurangan peluang bagi misi-misi untuk melanjutkan pelajaran/hadir kursus menangani pesakit yg difficult.
“Presumption sesetengah pesakit bahawa misi semua mulut puaka bila datang hospital so mereka pun siap-siap defensive nak melawan cakap misi,” dakwanya di hantaran tersebut.
Setakat artikel ini ditulis hantaran ini telah menerima sebanyak 15 ribu tontonan di platform X.

Berita Trending: Viralkan Kedai Serbaneka Sebab Tak Dapat Angpau Pokemon, Individu Disekolahkan Netizen – “Benda Boleh…
Dalam pada itu, dia turut berharap agar netizen tidak memukul rata dengan layanan yang ditonjolkan oleh petugas kesihatan ini kerana tidak semuanya bersikap sebegitu.Setakat artikel ini ditulis hantaran ini telah menerima sebanyak 15 ribu tontonan di platform X.