Warganet Sindir Cukup Beli Barang Dapur RM200, Ini Kata Fuziah Salleh
Maliah Surip
20/09/2023 12:50 MYT
20/09/2023 12:50 MYT
Sepotong video Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh sedang memberi barangan dapur dengan jumlah kurang RM200 menimbulkan beragam komentar dalam kalangan warganet.
Hal itu lantaran Fuziah yang membeli beberapa barangan asas minyak masak, beras, biskut, mi segera, sardin dalam tin, tepung gandum, serbuk minuman, bawang dan kentang dengan nilai RM136.30 dilihat memberi gambaran tidak perlu sehingga RM500 untuk membeli keperluan isi rumah.
“Siapa kata RM200 tak boleh, tak cukup, kena RM500? Jangan cakap perkara tak benar. Saya sendiri tengok dan saya sendiri nilai," kata Fuziah merujuk rakaman dalam video berkenaan.
Kenyataan yang dikeluarkan mengundang rasa kurang senang warganet yang antaranya menyifatkan perbandingan yang dibuat tidak adil.
Ramai juga yang mengatakan keperluan dengan harga sedemikian cukup untuk sekali pembelian yang boleh digunakan untuk tempoh hanya beberapa hari.
Malah ada yang memberi senarai baharu kerana disifatkan barangan yang dibeli tidak lengkap. Selain barangan dapur, ada yang menyenaraikan keperluan asas lain seperti sabun basuh baju, sabun mandi dan syampu.
Sedar mengenai ‘kemarahan’ warganet, Fuziah menerusi penjelasan yang diberi kepada Harian Metro mendakwa video tersebut adalah video lama.
Menjelaskan perkara sebenar, Fuziah berkata, apa yang tular itu adalah rakaman video ketika beliau berkunjung ke sebuah pasar raya di Langkawi, Kedah pada awal Julai lalu.
"Sebenarnya ia video lama. Ketika itu ada isu yang (yang mengatakan perbelanjaan) RM200 (untuk barangan keperluan asas) tak dapat apa-apa. Jadi pada waktu itu, saya buat tinjauan di sebuah pasar raya dan beli sendiri barangan di situ.
"Harganya lebih sedikit berbanding tempat lain yang menjual barangan Jualan Rahmah, namun masih cukup dan boleh penuh bakul dengan wang di bawah RM200. Kenyataan saya dalam video bagaimanapun merujuk kepada situasi ketika itu.”
Fuziah berharap, penjelasannya ini dapat memperbetulkan pemahaman segelintir netizen yang mungkin keliru dengan mesej cuba disampaikannya.
"Diharap yang silap faham boleh diperbetulkan, tapi yang ada agenda tersendiri (menyebarkan rakaman video itu) berhati-hatilah," katanya.
BACA: “Beras 50kg Untuk Dua Minggu Pun Tak Cukup” - Rebecca Nur Al Islam