Laman Utama
Warganet Teruja Rizqaa Pakai Baju Bayi Rekaan Bapanya – “Untungnya Rizqaa! Rizman Keluarkan Baju Baby Pula Please…”
Selepas mengumumkan berita mengenai kelahiran puteri sulungnya semalam, pereka fesyen selebriti popular, Rizman Nordin membuka akaun Instagram (IG) untuk si comel itu.
Akaun peribadi si comel yang menggunakan nama @RizqaaRizman itu mula memuat naik foto pertamanya, awal pagi semalam (Rabu).
Sejak semalam, ramai warganet yang meninggalkan komen di IG Rizman dengan menyatakan betapa bertuahnya Rizqaa kerana bakal disarungkan dengan busana indah rekaan bapanya sendiri.
Kata-kata tersebut menjadi kenyataan apabila Rizman memuat naik foto Rizqaa memakai baju bayi dengan label RR di akaun IG anak sulungnya itu.
“Yes what i said is true! Dia lahir-lahir mesti akan pakai baju brand bapak dia @rizman.n so cutee @rizqaarizman!, “ tulis seorang pengikut di IG Rizqaa, teruja.
Selain itu, ada juga pengikut yang mahu Rizman mengeluarkan rekaan khusus untuk pakaian bayi pula selepas ini.
“Mungkin Rizman boleh keluarkan baju baby pulak lepas ni. Cantik la baju baby tu,” cadang seorang pengikut lagi.
Semalam, pemilik jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin mengumumkan isterinya, Nurida Suraya telah selamat melahirkan bayi perempuan mereka.
Berita gembira tersebut diumumkan Rizman menerusi laman sosial Instagram (IG)nya kira-kira pukul 11 pagi.
Kelahiran Rizqaa turut mendapat ucapan tahniah daripada rakan selebriti seperti Nurfazura dan Rozita Che Wan.
Nur Fazura turut melawat bayi comel sahabat baiknya itu di hospital, sebaik sahaja menerima khabar gembira daripada Rizman.