Berita
Waris Cari Rezeki Jadi Rider Penghantar Makanan? Ini Penjelasannya...
Penyanyi rap, Waris mencuri tumpuan umum apabila memuat naik satu hantaran di Instagram memaparkan dirinya kini menjadi penghantar makanan dengan menjadi 'rider' Grab.
Dalam entri berkenaan, Waris memaklumkan bahawa pada hari tersebut, dia cuba mencari rezeki dengan 'cara' baru.
"Bismillah...cari rezeki halal atas jalan raya pula hari ini," katanya ringkas.
Posting tersebut kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
"Fuhh, abang Waris bawa Grab. Dah berapa banyak dapat job hari ini?,"tanya salah seorang netizen.
"Moga murah rezeki. Cari rezeki dengan kerja apa-apa janji halal," kata seorang lagi warganet.
"Kalau Waris yang hantar makan, aku minta dia freestyle dulu," komen pengikutnya yang lain.
Jelas Waris lagi, dia menyifatkan tugas yang digalas sebagai seorang rider juga bukan sesuatu yang mudah.
"Satu hari tukar karier sebagai rider banyak juga rintangan. Setakat kena ranjau tu biasa, hujan lebat tu biasa..bagi rider lah.
"Bagi aku ni tugas berat dan aku pun tak mampu, yang aku mampu buat lagu sahaja," katanya.
Menerusi satu hantaran berasingan Waris kemudian mengakui apa yang dilakukannya itu adalah sebagai salah satu usahanya untuk merasai sendiri pengalaman sebagai seorang rider penghantar makanan sahaja.
Biarpun begitu, katanya, ada juga pihak yang cuba menyalah ertikan niatnya apabila dikatakan seolah-olah cuba merendahkan pekerjaan sebagai seorang rider.
"Terima kasih semua yang mendoakan dan yang marah kata aku downgrade rider-rider lain tu janganlah sensitif sangat.
"Aku cuma nak cuba sahaja jadi rider ni, nak ingatkan diri untuk selalu bersyukur, bukan senang beb jadi rider ni, respect korang dan much love daripada Waghih," coretnya.