,
Laman Utama

Warisan Negara Hampir Pupus, MOTAC Anjur Pertandingan Nyanyian Lagu P. Ramlee, Joget & Busana Tradisional

Amri Hassan
27/08/2021
03:22 MYT
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan menganjurkan Festival Seni Hidup@Living Arts Cultural Festival (LACF) yang diadakan pada 29-31 Oktober 2021.
LACF menghimpunkan kesenian yang antaranya telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), Warisan Kebangsaan serta sebagai platform yang mengetengahkan warisan negara yang hampir pupus dan seterusnya menjadi pencetus kepada usaha pemuliharaan dan pemeliharaan.
Kata Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Mesran Mohd. Yusop, sebagai sebuah jabatan yang bertanggungjawab dalam memantapkan usaha memelihara, mengekal, mengembang dan menyemarakkan seni budaya dan warisan negara, JKKN turut melaksanakan pencungkilan bakat sempena LACF 2021.
Sebanyak tiga (3) kategori dipertandingkan iaitu Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu P. Ramlee, Cabaran Joget dan Pertandingan Busana Tradisional Malaysia.
Penyertaan dibuka mulai 20 Ogos hingga 20 September 2021, manakala pertandingan akhir akan diadakan pada 29-31 Oktober 2021.
Untuk rekod, sebanyak 149 lagu-lagu nyanyian dan gubahan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee telah diisytihar sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2018. Manakala Joget Melayu diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2007.
Hadiah wang tunai berjumlah RM23,000 bakal menjadi milik pemenang.
Berbeza dengan penganjuran LACF pada tahun 2018 dan 2019, program pencungkilan bakat merupakan julung kali diadakan bagi sesi 2021.
Orang ramai juga berpeluang mengundi peserta kegemaran mereka bagi memenangi kategori peserta paling popular menerusi Halaman Peminat Facebook Rasmi LACF secara undian likes dan shares terbanyak bermula 25 September hingga 20 Oktober 2021.
Selain pencungkilan bakat, orang ramai juga berpeluang menyaksikan persembahan dan dokumentari Warisan Tidak Ketara daripada Malaysia, Lao PDR, Turki, Indonesia, Cambodia, Korea Selatan, China, Sri Lanka, Filipina, Kanada, Australia, Vietnam dan Thailand menerusi www.cloudtheatre.com dan Halaman Peminat Facebook JKKN TV, serta berpeluang mengikuti bengkel seni lipatan kertas, galeri maya, webinar dan sebagainya lagi.
"Diharap dengan beberapa program pencungkilan bakat ini dapat menyemarakkan lagi seni budaya di Malaysia di samping menjadi pencetus kepada usaha pemuliharaan dan pemeliharaan seni budaya dan warisan negara," kata Mesran dalam satu kenyataan.
Untuk pencungkilan bakat, muat naik video anda ke Google Drive atau wetransfer dan sertakan pautan di Borang Penyertaan. Sila Imbas QR code dalam poster atau layari laman sesawang JKKN di http://www.jkkn.gov.my/ms untuk muat turun borang dan syarat penyertaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Nak Tunjuk Identiti Malaysia Kepada Pelancong" - Peserta Keretapi Sarong Siapkan Busana Bunga Raya Dalam Masa Sehari

gempak
14/09/2024
06:25 MYT
Mengayakan busana bunga raya sempena Keretapi Sarong 2024, kehadirannya di stesen KL Sentral menjadi tumpuan ramai.
Berita

Kepelbagaian Busana, Budaya Etnik Pada Sambutan Hari Kebangsaan 2024

gempak
28/08/2024
04:55 MYT
Busana, budaya dan tarian tradisional pelbagai etnik di negara ini akan diperagakan Kontinjen Perpaduan Malaysia MADANI pada Sambutan Hari Kebangsaan 2024, 31 Ogos ini.
Gaya Hidup

"Kami Tahu Bagaimana Rasa Sakitnya Dihina..." - Precious Of Malaysia Iktiraf Bakat Pelajar IPT, Pertandingkan Di International Cultural Fashion Week!

gempak
03/08/2024
02:58 MYT
Empat IPT bertanding dalam International Cultural Fashion Week iaitu Universiti Teknologi MARA Shah Alam (UiTM Shah Alam), Taylor’s University, ESMOD Kuala Lumpur dan Kolej Komuniti Selayang
Viral

Johan Pertandingan Menangis Beramai-Ramai Ini Bawa Pulang RM143.50

gempak
27/07/2024
00:55 MYT
Satu acara pertandingan menangis diadakan di Tegal, wilayah Jawa Tengah dengan pemenang membawa pulang hadiah berupa wang tunai 500,000 rupiah (RM143.50).
Sukan

Rizman Ruzaini Tampilkan Busana ‘The Malaya’ Untuk Acara Pembukaan Olimpik 2024, Semat Nilai Patriotik & Kemelayuan

gempak
25/07/2024
13:37 MYT
Pereka fesyen tersohor tanah air, Rizman Ruzaini yang dibarisi duo Rizman Nordin dan Ruzaini Jami memperkenalkan koleksi busana yang diberi nama 'The Malaya' pada Khamis.