Warisi Bakat Ibu Bapa, Anak Beyonce & Jay-Z Bakal Bergelar Penyanyi?

Asraf Aided
Jun 20, 2019 10:46 MYT
Anak kepada penyanyi popular Hollywood Beyonce dan Jay-Z, Blue Ivy kini semakin menyerlahkan bakat dan minatnya dalam bidang muzik.
Memetik laporan HollywoodLife.com, Blue Ivy telah menarik perhatian ramai apabila video menarinya tular baru-baru ini.
"Walaupun usianya masih kecil, Blue sangat berbakat, tidak hairanlah jika dia akan lebih serius menyanyi dan menari selepas ini.
"Namun begitu, Blue tidak semestinya harus mengikut sepenuhnya jejak langkah ibu dan bapanya.
"Beyonce dan Jay-Z lebih mengutamakan nilai-nilai murni dan mahu anak mereka membesar menjadi seorang gadis yang baik," kata sumber.
Selain Blue Ivy, Beyonce dan Jay-Z turut dikurniakan cahaya mata kembar yang bernama Sir dan Rumi.
Sumber : HollywoodLife.com
#Beyonce #Jay-Z #Blue Ivy