Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Warna Kuning Itu Adalah…”- Dakwa Darah Bekam Berubah Mengikut Jenama Vaksin, Ini Penjelasan Doktor!

Hanafis Haris
24/08/2021 17:15 MYT

Enggan ramai terpedaya dengan dakyah perubahan warna darah akibat vaksin, seorang doktor tampil memberi penjelasan terperinci.

Menurut Doktor Latif Saad, darah ini sebenarnya ada beberapa bahagian iaitu plasma dan juga bahagian darah.

“Selalunya kalau kita ambil darah dan campur dalam tabung uji, darah itu akan mendap dan menghasilkan bahagian plasma.

“Bahagian atas yang selalunya berwarna kuning seperti ‘air kencing’ dan juga bahagian bawah berwarna merah iaitu mempunyai sel darah merah.

“Terkadang jika terlampau banyak lemak di dalam darah, ia akan menjadikan plasma itu berwarna kuning seperti nanah. Sebenarnya warna kuning itu adalah lemak,” katanya.

Jelas Latif, selalunya petugas makmal akan menggelarkan ia sebagai ‘lipaemic sampel’ disebabkan terlalu banyak lemak.

“So, sampel darah yang ditunjukkan lepas bekam tu adalah sampel darah yang normal.

“Kalau orang tak vaksin pun akan menghasilkan keputusan yangsama. ia tiada kaitan dengan vaksin sebenarnya. Mohon jangan terpedaya dengan individu tidak berkelayakan,” katanya.

Latif berkata demikian menerusi satu posting di Facebooknya dan sehingga kini ia telah dikongsi sebanyak 1,300 kali.

Terdahulu, tular di media sosial sejak semalam mengenai pendedahan seorang individu terhadap perubahan warna darah mengikut jenis mengambil vaksin.

Menerusi posting di Facebook, individu itu mendakwa perubahan yang ditunjuk merupakan darah diambil selepas menjalani proses bekam.

Darah tersebut diasingkan mengikut jenis-jenis vaksin termasuklah Pfizer dan Sinovac.

BACA: “Sinovac Bertukar Macam Nanah, Pfizer Pula…” - Sebar Dakyah Mencurigakan, Netizen Mohon Jangan Percaya Teori Bekam Ini!


#Vaksin #COVID-19 #Bekam #Bekamvaksin
;