"Wartawan Ada Kelas Tersendiri"- Iqbal Tak Setuju Pembaca Berita Dimalukan
Syafiqah Jalal
30/04/2023 06:39 MYT
30/04/2023 06:39 MYT
Usahawan berkontroversi, Iqbal Zulkefli tidak bersetuju dengan tindakan penyanyi otai, Datuk Hattan yang didakwa telah 'menyekolahkan’ seorang pembaca berita ketika siaran langsung baru-baru ini.
Tegas Iqbal, setiap wartawan mempunyai kelas tersendiri dalam bidang mereka.
Menerusi sebuah komen yang ditinggalkan, Iqbal menegaskan tidak wajar Hattan melemparkan soalan sehingga mengaibkan seseorang kerana dilihat bersikap tidak profesional.
"Ya, tidak wajar malukan wartawan di sesi berita sebegini. Kalau marah saya okay tidak kisah. Ini pembaca berita tidak eloklah persoal sebegitu. Wartawan pun ada kelas tersendiri,” komennya.
Menerusi satu kemas kini di InstaStory Instagram miliknya pula, Iqbal memberitahu setiap pekerjaan mempunyai 'kelas' tersendiri dan semua harus saling menghormati.
"Walaupun saya sedar saya individu yang tiba-tiba muncul dalam industri dengan kontroversi, sekuat mana pun kecaman dan kritikan saya terima, saya memilih untuk berdiam diri.
“Meskipun peguam saya menyarankan untuk buka fail saman, saya kata jangan teruskan. Alasannya saya menghormati orang lain. Bahkan saya tidak mahu ambil pusing kerana kesana kemari kita akan bertemu dengan orang yang sama.
“Kita semua ada ‘kelas’ tersendiri. Bidang, kepakaran, tarikan, bakat dan tersendiri. Raikan bersama, paling penting hormatilah juga wartawan. Tanpa wartawan dan pembaca berita nama kita tidak akan dikenali,” ujarnya.
Kelmarin, nama Datuk Hattan menjadi bualan hangat apabila dia dilihat seolah-olah 'naik angin' kepada pembaca berita yang gagal menjawab soalannya mengenai pencipta lagu-lagu kumpulan XPDC ketika siaran langsung.