VIRAL

Wartawan China Fasih Berbahasa Melayu, Siap Lepak Makan Nasi Kandar Sebelum Jumpa PM! Netizen; "Uish Fluentnya Dia ..."

Ainun Md Zooki 19/04/2025 | 07:55 MYT

Tular di media sosial apabila sekumpulan wartawan dari China mencuri perhatian ramai apabila mereka fasih berbahasa Melayu ketika menjamu selera di sebuah kedai nasi kandar di Putrajaya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video di TikTok, wartawan yang dikenali sebagai Liang Liang atau nama Melayunya, Husna bersama rakan-rakannya sedang menikmati hidangan popular itu sebelum menghadiri sesi temubual eksklusif bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami media dari China. Kami akan membuat liputan di Putrajaya dan memilih makan nasi kandar di sini, untuk bawa kenangan pulang ke negara,” katanya.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah mereka langsung tidak kekok berbahasa Melayu malah mereka kelihatan seperti warga tempatan yang memesan makanan tersebut dalam Bahasa Melayu.

Antara menu pilihan mereka termasuk sotong, rendang dan ayam goreng. Bukan itu sahaja, salah seorang dari mereka turut memesan sirap ais.

Katanya, minuman itu begitu sinonim rakyat Malaysia sekaligus mengundang rasa kerinduannya ketika dia dahulu pernah menuntut di sebuah universiti tempatan sekitar tahun 2006.

“Ini adalah air sirap. Air ini adalah air yang tipikal orang Malaysia akan order. Bila saya minum, ia menimbulkan kerinduan saya apabila saya menuntut di Universiti Putra Malaysia pada tahun 2006,” kongsi salah seorang wartawan dari China.

undefined

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut selepas mendengar wartawan dari China itu fasih dalam bahasa Melayu.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Mereka semua wartawan dari negara China yang pandai cakap bahasa melayu. Sama macam wartawan Malaysia yang pergi ke China dan pandai berbahasa Mandarin.”

“Uish fluentnya cakap melayu.”

“Bagusnya orang China boleh bercakap Melayu,” komen dari netizen.

#Netizen #makan #China #Wartawan #Bahasa Melayu #Nasi kandar #Terkejut #Fasih #Air Sirap