Selepas videonya viral beberapa minggu lalu dan menjadi pujian netizen, ‘wartawan cilik Muhammad Haziq Mohd Asyraf dari Bukit Selambau di sini, berhasrat untuk menemu ramah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jika diberi kesempatan.

Memetik Astro Awani menerusi Bernama, kanak-kanak berusia 12 tahun itu berkata, adalah menjadi impiannya untuk menemu bual pemimpin nombor satu negara itu secara bersemuka yang sebelum ini hanya ditonton di kaca televisyen.

"Memang nak jumpa kalau boleh. Kalau dapat jumpa PM (perdana menteri) nanti saya nak temu ramah PM dan juga akan sediakan donut dan roti yang akan saya buat untuk dihidangkan kepada PM," katanya.

Baca berita selanjutnya di Astro Awani.