Wartawan Foto Palestin, Motaz Azaiza Dinobat Man of the Year Majalah GQ
Maliah Surip
30/11/2023 12:50 MYT
30/11/2023 12:50 MYT
Majalah terkenal GQ edisi Timur Tengah menobatkan wartawan foto Palestin, Motaz Azaiza sebagai Man of the Year kerana keberaniannya merakam kekejaman Israel terhadap penduduk Gaza.
“Azaiza mengingatkan kami bahawa tidak kira adakah anda berkuasa, siapa anda, dari mana asal usul anda — kita semua adalah sama. Manusia biasa sama ada lelaki atau wanita kita sama-sama boleh mengubah apa yang ingin kita lihat (dengan lebih baik,” ujar pengarang GQ, Ahmad Ali Swaid.
“Dengan sikap berani membongkar kebenaran di sebalik kuasa besar yang digeruni, kami mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Motaz Azaiza,” tambahnya lagi.
Nama Motaz Azaiza menjadi sanjungan umat Islam di seluruh dunia selepas melihat keberaniannya berkongsi kejadian sebenar di Gaza sehingga dia perlu meminta perlindungan selepas diancam puak rejim Zionis.
Azaiza kini memiliki lebih 15 juta pengikut di Instagram yang sentiasa mendoakan perjuangannya.
BERITA TRENDING: Selamat Kembali Ke Tanah Air, Nurul Ain Kongsi Keadaan Di Gaza Ketika Ini – “Rumah Dibom Lapan...
Azaiza yang menjadi terkenal selepas Gaza diserang tanpa belas ihsan pada 7 November lalu juga disifatkan sebagai simbol keberanian dan telah mencetuskan inspirasi kepada dunia menerusi perkongsian mengenai kesesengsaraan mangsa perang di laman sosial termasuk Instagram.“Azaiza mengingatkan kami bahawa tidak kira adakah anda berkuasa, siapa anda, dari mana asal usul anda — kita semua adalah sama. Manusia biasa sama ada lelaki atau wanita kita sama-sama boleh mengubah apa yang ingin kita lihat (dengan lebih baik,” ujar pengarang GQ, Ahmad Ali Swaid.