Viral
Wartawan The Telegraph Yang Diserang Netizen Kerana Kritik Nasi Lemak Akhirnya Mencuba Dan Akui Nasi Lemak Sedap
Minggu lalu viral di sosial media Twitter apabila wartawan The Telegraph, Katie Morley mengkritik nasi lemak yang dihidangkan di dalam kapal terbang.
Kritikan Katie tersebut menerima 'padah' apabila dia diserang netizen terutamanya daripada Malaysia yang menganggap dia memperkecilkan atau menghina hidangan kebangsaan Malaysia itu.
Katie kemudiannya mengambil pendirian meminta maaf dan memberitahu dia tidak berniat untuk menghina mana-mana pihak.
Malam tadi Katie berkongsi dua keping gambar beliau sedang menikmati nasi lemak.
"Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mencadangkan saya mencuba nasi lemak sebenar. Betul kata anda, ianya sangat enak! Tidak seperti makanan dalam kapal terbang BA yang saya makan sebelum ini," tulis Katie di Twitter miliknya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Katie turut memberitahu dia menikmati keenakan nasi lemak tersebut di sebuah restoran di Chelsea.