Penyanyi, Tasha Manshahar berkongsi tips buat ibu hamil yang baru pertama kali menaiki kapal terbang.

Tasha menerusi akaun Instagramnya mencoretkan beberapa info penting untuk memudahkan pengikutnya Instagramnya membuat rujukan.

“Oh yea, ramai juga tanya boleh ke naik flight kalau pregnant. Tu juga yang bermain dalam fikiran sebelum book flight ticket. Maklumlah, first time kan. So ni sikit info untuk yang first timer mcm Tasha.

“Tasha naik Air Asia. Untuk kandungan bawah 28 minggu, sebelum masuk pintu perlepasan, kena ambil satu borang dekat kaunter dan isi.

“Ada 3 helai kertas, satu untuk simpanan kita, satu bagi masa dekat gate, dan satu lagi bagi dekat cabin crew.

“Untuk 28 minggu - 34 minggu kena sertakan surat pengesahan doktor sekali berkenaan tahap kesihatan kita dan kandungan.

“Surat doktor tu mesti dikeluarkan dalam tempoh 30 hari sebelum penerbangan. Kalau lebih, kena pergi dapatkan surat baru daripada doktor tau.

“Untuk kandungan 35 minggu dan ke atas dah tak dibenarkan terbang ya. Pastikan jaga kesihatan, bawa ubat-ubat yang dinasihatkan oleh doktor, bawa buku pink dan doa banyak-banyak minta Allah pelihara dan permudahkan semua.

“Different airlines may have different procedures. So better korang double check okay?” tulisnya.

Ada tak tips jalan jauh masa pregnant? Ni baru jalan separuh hari dah nak demam rasa ? Baru dalam Malaysia ni ? _ Oh yea, ramai juga tanya boleh ke naik flight kalau pregnant. Tu jugak yg bermain dalam fikiran sebelum book flight ticket. Maklumlah, first time kan ? So ni sikit info untuk yang first timer mcm Tasha. _ Tasha naik Air Asia. Untuk kandungan bawah 28 minggu, sebelum masuk pintu perlepasan, kena ambil satu borang dekat kaunter dan isi. Ada 3 helai kertas, satu untuk simpanan kita, 1 bagi masa dekat gate, dan 1 lagi bg dekat cabin crew. Untuk 28 minggu - 34 minggu kena sertakan surat pengesahan doktor sekali berkenaan tahap kesihatan kita dan kandungan. Surat doktor tu mesti dikeluarkan dalam tempoh 30 hari sebelum penerbangan. Kalau lebih, kena pergi dapatkan surat baru daripada doktor tau. Untuk kandungan 35 minggu dan ke atas dah tak dibenarkan terbang ya. Pastikan jaga kesihatan, bawa ubat-ubat yang dinasihatkan oleh doktor, bawa buku pink dan doa banyak-banyak minta Allah pelihara dan permudahkan semua. Different airlines may have different procedures. So better korang double check okay? _ ? @handbagbyabia . Senang boleh sumbat macam-macam ?

A post shared by @ tashamanshahar on


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mengucapkan terima kasih kepada Tasha kerana memberikan maklumat berguna selain berkongsi pengalaman.

Foto: Instagram @tashamanshahar / @raqibmajid