Watak Chef Louis Dalam The Little Mermaid, Warganet Bersetuju Memilih…

Hanafis Haris
Julai 9, 2019 10:54 MYT
Jika sebelum ini, netizen mencadangkan penyanyi Shawn Mendes untuk memegang watak Prince Eric dalam filem terbaru 'The Little Mermaid', kini tiba giliran watak Chef Louis.

BACA: Miliki Wajah Seiras, Netizen Cadang Shawn Mendes Bawa Watak Prince Eric Dalam 'The Little Mermaid'

Maka ramailah chef di seluruh dunia yang menjadi sasaran warganet.

Namun dalam kesemua pilihan ini, kebanyakkan warganet beranggapan watak tersebut sesuai dibawa oleh Chef Gordon Ramsay.

Rata-rata mereka beranggapan personaliti yang ditampilkan dalam watak Chef Louis agak sama dengan Gordon.

Malah, jika anda sering menonton ‘Ramsay’s Kitchen Nightmares’, pastinya anda sedar yang perwatakan Gordon agak tegas dan sedikit garang.

Justeru, Gordon dianggap sebagai calon paling tepat untuk membawa watak Chef Louis yang panas baran itu.

Anda boleh lihat sebahagian posting yang dimuat naik oleh warganet di Twitter.

okay, hear me out, Gordon Ramsay as Prince Eric’s angry French chef, Louis pic.twitter.com/wlayHtq4iX

— ???? ?????? ???????? (@gothjackieburk) July 6, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Okay can we have Gordon Ramsay as chef Louis for the live action of the little mermaid?!?

— ?? Kyara Mazzello ?? (@DISNEYBITCH97) July 6, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Disney telah memilih penyanyi dan juga pelakon, Halle Bailey, 19 bagi memegang watak Ariel dalam filem terbaru 'The Little Mermaid'.

Pada yang tidak tahu, Disney kini sedang dalam perancangan untuk menerbitkan semula filem 'The Little Mermaid' selepas menghasilkan The Lion King dan Mulan.

Sehingga kini, Disney masih belum membuat pengumuman rasmi berkaitan pemilihan pelakon utamanya secara keseluruhan
#Filem #Filem #Chef #Remake