Pengacara dan pelakon, Hawa Rizwana mendapat perhatian netizen disebabkan watak yang dibawakan dalam drama terbaharu berjudul The Cadets.

Walaupun akan ditayangkan pada malam ini, namun sedutan pendek karakter lakonannya sudah cukup membuatkan ramai yang tidak sabar untuk menonton.

Memegang watak sebagai Farah, karakternya yang dilabelkan sebagai seorang perempuan yang garang menyebabkan ramai netizen mengimbau kembali kenangan ketika menyertai unit badan beruniform di sekolah suatu ketika dahulu.

Antara komen yang diterima:

“Hawa punya style memang remaja habis,”

“Hawa tu kenit kenit tapi samseng boleh tahan kemain ek,”

“Kalau scene kat sekolah watak abang senior tak ada ke hehehe,”

“Hawa macam budah sekolah, kecik naw, comel sangat,”

“Teringat pulak ek zaman sekolah dulu hehehe, comfirm ada yang garang macam Farah,”

A post shared by Astro Ceria (@astroceria)

Selain Hawa, The Cadets turut dibintangi oleh Mierul Aiman, Fimie Don, Bella Dowanna, Jazmy Juma dan Adlin Aman Ramlie.

The Cadets menggunakan khidmat Infinitus Gold, studio di sebalik kejayaan ‘Sangkar’ untuk memastikan siri ini padat dengan aksi yang hebat.

Siri ini mengisahkan tentang perjuangan empat sekawan kadet bomba yang menghadapi pelbagai cabaran mental dan fizikal.

The Cadets bersiaran bermula 27 Disember, setiap Rabu, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611), Astro Prima (saluran 105) dan Astro Go.

Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.

Sebagai Home of Kids, Astro telah memperkenalkan mod Kids Friendly Profile. Ciri ini tersedia di Astro Ultra dan Ulti Box, Astro GO dan aplikasi Multiroom Smart TV.

Kids Friendly Profile hanya boleh mengakses rancangan yang bersesuaian dengan kanak-kanak termasuk kandungan eksklusif On Demand, saluran-saluran linear, rakaman rancangan dan hasil pencarian.

Ternyata ciri ini membantu ibu bapa dalam menyelia setiap kandungan yang ditonton oleh anak-anak adalah selamat dan sesuai.

Ceriakan cuti sekolah ini dengan pelbagai seleksi hiburan keluarga dan kanak-kanak di Astro Ceria and saluran-saluran kanak-kanak di Astro mahupun menerusi On Demand dan Astro GO.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Raikan saat-saat bersama keluarga dengan Astro Baharu. Strim kesemua hiburan keluarga secara On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box.

Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto-debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.