Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Watak Jahat Memang Sesuai Dengan Muka Dia” - Good Job! Lakonan Padu Mona Allen Dipuji

Mya Amri
21/12/2021 13:00 MYT
Lakonan Mona Allen dalam filem terbaharu berjudul Tarantula X mendapat pujian netizen.

Melakonkan watak sebagai Shima, rata-rata netizen yang telah menonton filem tersebut berpuas hati dengan karakter yang diberikan kepada Mona.

Bukan hanya sekadar membawakan watak antagonis, gaya mimik muka dan penjiwaan yang dibawakan Mona juga turut menjadi bualan.

Ada juga yang mengatakan wajah garang Mona menjadikan pemilihan watak Shima itu bersesuaian diberikan kepadanya.

“Watak jahat memang sesuai dengan muka you” komen @fiq_lesnar

“Suka semua lakonan Mona Allen. Kalau jadi jahat tu jahat nau! Mantap!” puji @hanimnordin__

“Dia kalau berlakon memang A,” tulis @kukubesihir

Selain Mona, pelakon hebat lain dalam Tarantula X adalah Eman Manan, Adlin Aman Ramli dan Vanidah Imran.

Saksikan Tarantula X di pawagam rumah anda menerusi Astro First saluran 480.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau boleh juga distrim menerusi Astro Go dan On Demand.

Sinopsis:

Tiga sahabat, dua keluarga, berantakan kerana seorang perempuan penggoda.

Filem ini mengisahkan tentang perempuan mata duitan, Shima (Mona Allen) yang suka menjalin hubungan sulit dengan lelaki kaya termasuk suami rakan-rakannya, Ayu (Vanida Imran) dan Liza (Marissa Yasmin).

Apabila Adam (Namron) iaitu suami Ayu menjadi lumpuh dan berkerusi roda akibat serangan jantung, Shima beralih arah kepada suami Liza, Anas (Adlin Aman Ramlie).

Sebagai sahabat baik kepada Adam dan Anas, Amir yang masih bujang (Rashid Salleh) mendamaikan mereka tetapi gagal.

Tanpa pengetahuan Anas, isterinya cuba menjodohkan Amir dengan Shima. Namun Shima menolak dan menghina Amir.

Modus-operandi Shima adalah mengambil “selfie” bersama pasangannya di atas katil lalu foto-foto tersebut dijadikan senjata untuk peras ugut mereka bagi mendapat wang yang dapat menampung kehidupan mewahnya.

Apabila Anas ingin memutuskan hubungan, Shima mengugut untuk sebarkan gambar dan menuntut RM1 juta, dan itu mencetus kemarahan Anas. Apabila Shima dijumpai mati dibunuh, penyiasatan yang diketuai ASP Anuar bermula.

Sebagai saksi utama, Ain iaitu adik angkat yang tinggal bersama Shima juga tersenarai sebagai suspek pembunuhan termasuk Anas, Ayu, Amir dan Adam.

Setiap mereka mempunyai asas dan sebab untuk melakukan pembunuhan berikut. Teka-teki motif dan suspek dibawa hinggalah ke babak terakhir untuk membongkar misteri pembunuh sebenar Shima.

#Astro Shaw #Mona Allen #Tarantula X #Drama Astro Shaw