Pelakon dan penyanyi jelita Maya Karin berjaya merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Ramsgate International Film & TV Festival yang berlangsung di Ramsgate, England dari 11 hingga 14 Jun lalu.

Maya Karin menerima anugerah tersebut melalui wataknya sebagai Makcik Fatimah dalam filem 'Olympic Dream' yang diarahkan oleh Don Hoe, menurut laporan Cinema Online.

"Saya terharu dan berterima kasih kepada juri di Ramsgate International Film & TV Festival dengan anugerah ini biarpun saya tidak meletakkan apa-apa harapan. Mungkin karakter yang saya lakonkan meninggalkan impak kepada juri dan penonton.

"Biarpun tidak ada nama-nama besar dalam filem 'Olympic Dream', tetapi saya tetap memberikan yang terbaik kerana saya tertarik dengan watak Makcik Fatimah yang berani dan penuh dengan sifat kasih sayang," kata Maya Karin.

Menurut Maya di Instagram miliknya, filem 'Olympic Dream' adalah sebuah filem yang memaparkan semangat negara yang sangat baik.

"Namun sukan Olimpik telah ditunda atau mungkin dibatalkan, kita tidak tahu. Saya juga tidak tidak tahu bila filem ini akan ditayangkan.

"SOP dan lain-lain sering bertukar setiap minggu. Tunggu dan lihat. Bersabar je jawapannya," tulis Maya di Instagramnya.

This film is a feel good, semangat negara movie. Sepatutnye ditayang serentak dengan Olympics. Namun Olympics postponed or even canceled, who knows anymore.. I don’t know when this film will come out. Sop and things change every week. Let’s see.. bersabar je jawapannye #covid19

A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on


Maya Karin sebelum ini pernah memenangi dua anugerah antarabangsa sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Asia Pacific Film Festival ke 49 melalui lakonannya dalam Pontianak Harum Sundal Malam, dan Estepona Fantasy and Terror Film Festival untuk filem Pontianak Harum Sudal Malam 2.