Bintang filem Hantu Kak Limah (HKL), Ropie mengakui watak Nayan dalam filem terbabit meninggalkan impak positif untuk dirinya.
"Alahmdulillah, saya sendiri tak sangka watak terbabit memberikan impak positif dalam kerjaya saya sebagai pelakon dan pelawak.
"Buat masa ini, jadual saya boleh dikatakan padat sehingga ke hujung tahun. Ada yang memberi tawaran secara janji mulut, ada juga yang sudah saya persetujui.
"Saya banyak menerima tawaran untuk berlakon, terutamanya iklan. Saya bersyukur kerana di usia 51 tahun, rezeki saya murah. Saya akan cuba melakukan apa yang termampu," kata Ropie.
Sehingga 2 September, HKL berjaya meraih kutipan sebanyak RM35 juta dan menerima lebih 2.7 juta kunjungan penonton di pawagam.
Tambah Ropie atau nama sebenarnya, Zahid Tajuddin, dia juga gembira ada peminat memanggilnya dengan nama Nayan.
"Semenjak kecil, saya menjadikan Imuda sebagai idola. Watak Imuda sangat berkesan dan ramai orang memanggilnya dengan nama Budin, karakter Imuda dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
"Saya mahu menjadi seperti Imuda dan Alhamdulillah, selepas HKL muncul, ramai yang memanggil saya dengan nama Nayan," katanya ketika ditemui di Malam Together-Gether HKL di Berjaya Times Square Hotel baru-baru ini.
Malam Together-Gether HKL bertujuan meraikan kejayaan filem terbabit yang mendapat respon positif penonton.
Selebriti terkenal Hong Kong, Andy Lau turut hadir ke majlis tersebut bagi meraikan pelakon serta tenaga produksi HKL.
Andy merupakan salah seorang pengasas syarikat gergasi antarabangsa, Infinitus Entertainment Group selaku penaung Infinitus Gold yang pertama kali bekerjasama dengan Astro Shaw untuk menerbitkan HKL.
Kamaruddin Razal
Fri Sep 07 2018


“Penyondol Tak Patut Hidup Bahagia…” - Anak Saudara Zalina Zaini Luah Rasa Kesal
Isu makin besar

Setahun Kahwin, Syafiq Farhain Umum Bakal Jadi Bapa - “Isteri Akan Bersalin Sekitar…”
Tahniah!
.png?ext=.png)
Lepas Tanya Mana Syamsul Yusof Ketika Puteri Sarah Pergi Umrah, Netizen Syak Ira Kazar Ajak Main Bakar Marshmellow?
Netizen Siasat Ira Kazar Ajak Syamsul Main Bakar Marshmellow?

“Bukan Macam Drama Melayu Biasa” - Netizen Setuju Projek: High Council Another Level!
Setuju!
![[VIDEO] Netizen Puji Gaya Macho Sharnaaz Ahmad & Zul Ariffin Hadir Ke Mahkamah! Nampak Macam... [VIDEO] Netizen Puji Gaya Macho Sharnaaz Ahmad & Zul Ariffin Hadir Ke Mahkamah! Nampak Macam...](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-11_11.png?ext=.png)
[VIDEO] Netizen Puji Gaya Macho Sharnaaz Ahmad & Zul Ariffin Hadir Ke Mahkamah! Nampak Macam...
Memang macho la!

Netizen Puji Neelofa Bertutur Bahasa Melayu Dengan Anak; “Rileks Je, Walaupun Tahu Dia Speaking Macam…”
Comel Bilal

"Saya Nak Tenang, Tak Obses Populariti Atau Glamor Lagi" - Hafiz Hamidun Mahu Lebih Masa Bersama Anak
Hafiz Hamidun muncul dengan sentuhan terbaharu, single berjudul Inni Tawakkaltu.

Konsert Hanya Satu Malam, Peminat Boleh Pilih Lagu Didendangkan Pada Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir
Konsert Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir kurang satu bulan sebelum menjadi kenyataan di Malaysia.
![[VIDEO] Simple! Netizen Puji Majlis Bertandang Reen Rahim & Suami - “Dia Artis Tapi Tak Kisah Pun Sanding Dengan Pasangan Lain…” [VIDEO] Simple! Netizen Puji Majlis Bertandang Reen Rahim & Suami - “Dia Artis Tapi Tak Kisah Pun Sanding Dengan Pasangan Lain…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-14_8.png?ext=.png)
[VIDEO] Simple! Netizen Puji Majlis Bertandang Reen Rahim & Suami - “Dia Artis Tapi Tak Kisah Pun Sanding Dengan Pasangan Lain…”
Simple je kan!

“Helok! Bergegar Ov**i…” - Anzalna Nasir Melting Tengok Ketampanan Suami Sendiri
Wow Anzalna