Watak Suri Dalam ‘Andai Tiada Dia’ Penuh Air Mata, Dr Izzar Mohon Lantik Ummi Nazeera Jadi Duta Tisu – “Baik Perempuan Atau Lelaki, Mesti Semua Perlukan Tisu”
Khairil Khusyairi
08/11/2024 13:50 MYT
08/11/2024 13:50 MYT
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar Anwari mencuri tumpuan apabila berseloroh mengenai lakonan isterinya itu dalam drama hits Andai Tiada Dia.
Lantik Ummi Sebagai Duta Tisu
Menerusi perkongsian di Threads, Izzar berseloroh dengan berharap isterinya itu dapat menjadi duta kepada jenama tisu gara-gara lakonan Ummi (watak Suri) yang penuh dengan dugaan.
“Bila jenama tisu nak ambil Ummi aka Suri jadi ambassador ni? Jenuh dia menangis berbakul.
“Pitching saya sebelum ni tak jadi nampaknya. Kena cuba approach lain.
“Lantiklah Ummi Nazeera sebagai Duta tisu anda untuk 2025,” tulis Izzar.
Dalam pada itu, Izzar yang sentiasa menyokong karier Ummi turut menyifatkan lakonan isterinya itu mampu membuat semua penonton mengalirkan air mata.
“Bayangkan kuantiti tangisan yang akan dihasilkan oleh rakyat Malaysia sepanjang drama tersebut bersiar.
“Bayangkan kuantiti tangisan yang akan dihasilkan oleh rakyat Malaysia sepanjang drama tersebut bersiar.
“Baik dari perempuan mahupun lelaki. Mesti mereka memerlukan tisu yang banyak untuk mengelap tangisan dan hingus meleleh itu,” coretnya lagi.
Sinopsis
‘Andai Tiada Dia’ mengisahkan pasangan Suri, (Ummi Nazeera) dan Haikal, (Hisyam Hamid) yang sudah 7 tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan zuriat. Tertekan dengan situasi sekeliling, Suri meminta izin kepada Haikal untuk melakukan IVF namun tidak diambil endah oleh Haikal kerana sudah selesa dan bahagia hidup tanpa memiliki anak.
Kematian Hisyam, adik kepada Haikal, meninggalkan seorang bayi malang berusia 4 bulan dan menggerakkan hati Suri untuk mengambilnya sebagai anak angkat. Kehadiran Intan (Mimi Lana), adik kepada Suri dalam rumah tangga mereka mengeruhkan lagi keadaan apabila Haikal dan Intan mula menjalinkan hubungan sulit semasa Suri sibuk menjaga anak angkat mereka.
Drama yang menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Hisyam Hamid, Ummi Nazeera, Mimi Lana dan juga Zahiril Adzim itu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104).

#Hisyam Hamid
#Ummi Nazeera
#Astro Ria
#Drama
#Dr Izzar
#Mimi Lana
#Watak
#Air Mata
#Tisu
#Suri
#andai tiada dia