"Water Bender Vs Fire Bender" - Viral Anggota Bomba Kena Serang, Netizen Puas Lihat Pelaku Disembur Air

Amri Hassan
Jun 20, 2021 23:43 MYT
Didakwa marahkan anggota bomba yang lewat tiba di lokasi kebakaran, beberapa lelaki naik angin hingga bertindak agresif.
Menerusi video yang tular di media sosial, salah satu daripada lelaki terbabit secara tiba-tiba muncul dari belakang dan menendang anggota bomba sambil mengeluarkan kata-kata kasar.
Bagaimanapun, cubaan berkali-kali menyerang anggota terbabit berjaya dipatahkan dengan semburan air dari pili bomba yang sedang digunakan untuk mengawal kebakaran.
Kejadian yang dipercayai berlaku di Lawas, Sarawak itu mendapat pelbagai reaksi ramai yang rata-ratanya puas dengan tindakan spontan anggota bomba berkenaan yang cuba menbantu rakan setugasnya.

Lelaki serang anggota bomba selepas didakwa lewat tiba memadamkan kebakaran. Ingat Bomba terbang ke? Orang datang tolong, dibuat camtu??? pic.twitter.com/mOUfEqCGrc

— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) June 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Apasal tak marah api tu, pukul api tu. Tanya kenapa pergi bakar rumah. Marah bomba buat apa? Bomba nak tolong padam.
"Rasakan air pancutan bomba. Kuat yer air tu. Sakit woo...
"Bodoh betul, kau yang salah bomba yang kena! Bomba tak padam baru tahu hidup kau macam mana.
"Sakit tak kena air tu? Puas hati betul aku tengok baju purple tu kena siram.
"Water bender vs fire bender," demikian antara komen yang ditulis netizen di laman sosial Twitter.
Sementara itu, memetik laporan Awani, anggota bomba terbabit mengalami kecederaan selepas diserang dari arah belakang.
Susulan kejadian itu, anggota bomba berkenaan telah membuat laporan polis pada Sabtu.
#Viral #Sarawak #Bomba #Api #Serang #Padam